Subscribe to Subscribe to 's comments

Kunci ZUHUD

Posted by ibunda. Comment (1).

(Julai 2012)

zuhudIbu bermimpi tentang suatu peristiwa yang juga menceritakan tentang mereka yang menjadi kekasih Tuhan dan erti zuhud. Begitu simbolis mimpi dan Jalan ceritanya membawa makna yang dalam buat ibu.

Ibu berada di sebuah upacara pengkebumian beberapa mayat. Ia seperti berada di sebuah padang atau tanah perkuburan. Ibu berdiri di belakang imam yang mengkafankan mayat-mayat tersebut. Kelihatan semua mayat itu bagus-bagus belaka, tiada cacat celanya.

Sedang satu persatu mayat-mayat itu di kafankan oleh sang imam, ada satu mayat terakhir tiba-tiba kelihatan tidak menyerupai manusia. Ia kelihatan sangat teruk mereput dan kelihatan hina. Lalu sang imam meninggalkan mayat itu tanpa alasan. Ibu yang melihat mayat tersebut terpinga-pinga kerana orang ramai turut meninggalkan mayat tersebut.

Apakah ini bukan mayat yang baik di sisi Allah?

Itulah yang bermain di fikiran ibu ketika itu. Siapa yang mahu mengkafankan mayat ini?

Tiba-tiba suara seorang lelaki menerpa memberi satu arahan kepada ibu.

Suara itu berkata, ‘hadapkan mayat itu ke arah kiblat’. Ibu tersentak, menoleh-noleh ke kiri dan kanan mencari suara tersebut, sambil memikir jika ada orang lain yang boleh mendengar sama.

Lalu hati ku berkata, ‘Itu adalah suara malaikat. Alhamdulillah, ada juga malaikat yang mahu berbicara dengan ku, sedang orang lain tidak mendengarnya’.

Ibu alaskan tempat mayat dan mengangkat ia serta  menghadap mayat itu ke arah kiblat.

Suara malaikat bergema lagi, ‘Dia ini adalah manusia zuhud kepada dunia’.

Selepas kata-kata itu, tiba-tiba datang kepulan angin yang kuat. Kepulan angin ini seperti ribut taufan yang menyergah kearah kami. Tergamam seketika.

Sejurus angin itu berhenti, mayat tersebut memercikkan darah merah keluar dari tubuh nya yang telah mereput itu. Darah itu mengalir dan percikannya terkena ibu, sedangkan tiada sesiapa pun yang duduk berhampiran mayat tersebut.

Kemudian mimpi bersambungan di suatu tempat yang lain.

Ibu seperti berada di sebuah kawasan ruang pejabat atau bilik yang luas dan entah bagaimana ada sebuah papan tanda (skrin) yang besar di dinding bilik tersebut.

Tiba-tiba datang kepulan angin yang kuat. Angin itu menyergah ke arah papan tanda (skrin) tersebut lalu menghidupkannya. Ibu melihat skrin besar itu hidup kerna ia tiba-tiba memaparkan cerita tentang HARI KIAMAT. Ibu membaca pantas kerna tayangan video itu pantas memutarkan berita-berita tentang tanda-tanda kiamat. Baca dengan penuh minat dan kesungguhan.

Tiba-tiba, beberapa wanita berjalan melalui ruangan bilik tersebut. Lalu Ibu tunjuki papan tanda tersebu dan berkata , ‘cik tengok papan tanda ini, ada maklumat tentang hari kiamat. Ini berita penting yang datang dari Isa mu, bacalah!’.

Mereka berdua menoleh melihat papan tanda tersebut dan cuma tersenyum saja, lalu pergi. Mereka tidak baca!. Dan wajah mereka seperi tidak kisah dan tidak penting langsung buat mengetahui.

Ibu berkata lagi, ‘bacalah , ia adalah berita benar dari Tuhan kamu’.

Namun mereka tetap pergi dari situ tanpa membacanya.

Ibu agak kecewa melihat manusia tiada mahu ambil peduli tentang berita penting dari Tuhan, apatah lagi berita tentang hari Kiamat!.

Namun papan tanda tersebut lebih lagi kecewa dari ibu. Berita yang di tayang oleh papan tanda itu seperti terputus-putus Bagaimana ia boleh merasai seperti manusia yang hidup. Dia menulis, ‘aku benci, manusia tidak pernah ada keikhlasan’.

Tiba-tiba gambar dan tulisan itu menjadi kembang-kembang dan pudar semakin menghilang satu persatu dari skrin tersebut. Ibu menjadi panik.

Lantas berteriak dan menangis didepan skrin besar tersebut sambil berkata, ‘jangan pergi, jangan pergi, saya percaya apa pun yang kamu khabarkan. Saya ikhlas dan tidak akan menyia-nyiakan maklumat ini, tolong lah jangan hilang’.

Dengan teresak-esak, ibu terjaga dari tidur. Masya Allah.

Aduh, sehingga sedar pun masih menangis teresak-esak. Betapa mimpi ini begitu sayu. Walaupun sudah terjaga airmata masih mengalir dan sebak didada pabila teringatkan papan tanda (skrin besar) tersebut.

Sedih dan pilu hati seakan-akan ibu berkomunikasi dengan manusia sedangkan itu hanyalah sebuah papan tanda yang hidup.

Mimpi ini begitu simbolis yang membawa maksud yang dalam. Ia tentang kebenaran Tuhan yang di sampaikan oleh kaum yang beriman namun manusia tidak mempedulikan. Melihat tetapi hati dan mata mereka sudah tertutup rapat. Mimpi ini juga tentang mereka yang di pandang hina oleh manusia namun sangat mulia di sisi Tuhan.

Ibu tidak pernah ambil pusing tentang arti ZUHUD. Namun setelah bermimpi zuhud, ibu cuba mencari maksudnya zuhud. Mungkin zuhud memberi makna supaya ibu meletakkan perjuangan dalam menyebarkan kebenaran harus melebihi dari jatuh terpesona kepada keindahan dunia serta kekayaan yang dikurniakan kepada ibu. Sehinggakan dunia ini tidak memudaratkan perjalanan ibu mencari kebenaran dan tidak di tarik oleh kelalaian. Sehinggakan harta ini tidak memberi makna dalam kehidupan ibu selain ianya peninggalan untuk anak yatim. Tidak harus gah dengan kekayaan seandainya wang ringgit tidak salurkan kepada Jalan kebenaran.

Namun masih terselit sedikit kepelikan di setiap mimpi ibu. Ibu akan menyebut Isa dan kitab Injil. Masya Allah. Inilah petunjuk benar yang akan menemukan aku dengan raja-raja yang berkuasa di langit.

One response to “Kunci ZUHUD”

  1. Hafiz

    Ibunda…Mintak Copy Ya….Hrp Dimaafkan..Assalamualaikum!

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Selamat Datang

Log in

Lost your password?