Subscribe to Subscribe to 's comments

Stairway to Heaven

Posted by ibunda. Comment (0).

Stairway to Heaven

April 2020

Barangkali kita pernah mendengar tentang ‘tangga’ yang tinggi menuju ke puncak langit. Stairway to heaven. Mungkin sebahagian kamu merasakan ‘tangga’ ke syurga tidak wujud atau seperti cerita dongeng. Namun alam ghaib itu wujud sehingga kamu tidak terfikirkan kewujudannya.

Tahun 2020, seakan tahun yang membuka hijab separa sedar ku kembali setelah beberapa tahun menyepi.

Malam itu bersama beberapa teman lain, mereka melihat sesuatu di langit seakan ruh melayang-layang lalu menjerit hantu, hantu. Aku mengamati hantu tersebut. Ternyata mataku melihat sebaliknya. Didalam kegelapan malam, seorang manusia sedang menaiki anak-anak tangga menuju ke langit. Dipikul beg yang agak besar di bahunya sambil melangkah kaki-kakinya menaiki tangga. Aku melihat beberapa anak tangga di depan, di belakangnya. Beg di pikulnya di bahu agak panjang namun tidak kelihatan berat.  Semakin lama semakin jauh dan tinggi dia mendaki tangga.

Lalu aku menghurai apa yang ku lihat oleh mata hati ku kepada teman-teman. Kataku, oh tu adalah ruh lelaki yang beriman, dirinya bercahaya putih sehingga aku dapat melihat dia menaiki tangga ke langit. Dia bukan sedang melayang-layang seperti hantu. Itu tangga-tangganya yang di pijak. Ruh itu sedang memikul amalannya sendiri (beg) untuk diserahkan.

Aku tersedar dari tidur sambil tersenyum memikirkan bijaknya saat aku menghurai mimpi walau ia cuma di alam mimpi. Ternyata mimpi juga bukan sesuatu yang boleh di kawal minda di bawah sedar.  Nah, manusia mempunyi mata hati yang berbeda. Mereka melihat hantu namun aku melihat ruh yang beriman (righteous soul).

Stairway to heaven adalah mimpi yang benar. Bejuta-juta anak tangga menuju ke langit terbuka sebagai laluan untuk ruh wali suci kembali. Disini lah laluan ruh yang sudah meninggal dunia akan mendaki tangga menuju destinasi masing-masing. Namun bagiku mungkin bukan satu portal laluan untuk ke alam barzakh/ghaib, bergantung lah kepada tingkat dan makam manusia itu sendiri. Pernah aku bermimpi dulu berada di sebuah stesen setelah mati yakni setelah ruh berpisah dari jasad. Suasana nya berbeda kerana ramai manusia disitu dan aku menunggu kenderaan untuk di jemput.

Petunjuk ini adalah sebuah ilmu pengetahuan tentang portal laluan ke alam barzakh yang mungkin anda sudah mengetahuinya namun tika menyaksikan sendiri ia memberi keyakinan yang kuat tentang kejadian setelah mati dan kemana mereka akan di bawa.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Selamat Datang

Log in

Lost your password?