Subscribe to Subscribe to 's comments

Rahsia Tuhan..

Posted by ibunda. Comments (3).

( June 2013)

Semalam ibunda bertemu arwah bonda. Mimpi di akhir bulan June, di bulan syaaban yang mulia.

Ibunda bertanya, ‘mak, mak datang dari syurga ye mak?’

Bonda ku hanya tersenyum. Lalu ibunda bertanya lagi.

‘mak, ceritalah rahsia tuhan, apakah rahsia tuhan mak?’ Aku seperti menunggu saat ini untuk bertanya kepada bonda kerna aku pasti bonda punya jawabannya. Aku sedikit pun tidak bertanya tentang keadaan atau khabarnya dari syurga.

Bonda tidak menjawab pertanyaan yang ingin ibunda dengari namun dia berkata, ‘semuanya dihitung Tuhan, semuanya di ambil kira, walaupun yang kita tidak perasan atau yang tidak terfikir.’

‘Apa lagi mak, apa lagi rahsia Tuhan?’, tanya ku.

‘Kena kenal diri yang itu’, kata ibuku sambil menunjukkan ke arah diriku.

‘Diri yang mana mak, diri nafsu? diri amalan?, diri yang mana mak?’, tanya ku lagi.

Bonda tidak menjawab pertanyaan ku. Dia berjalan untuk menjenguk ayahanda ku. Sambil berjalan, aku bertanya lagi.

‘yang itu pun di kira’, kata bonda sambil menunding ke arah betis kaki ku. ‘Aurat mak?, aurat ini di kira juga?’, kata ku yang faham maksud aurat tersebut. Aurat yang di kira itu ialah menutup tubuh dari pinggang ke bawah. Biar jangan terdedah. Bukan tentang rambut.

Bonda mengangguk. Sambil berjalan dia berkata, ‘ingat Tuhan  sentiasa, ia di kira dan sentiasa mengira.’

‘Kena zikir 24 jam ye mak?’, tanyaku.  Bonda angguk.

Aku membawa bonda ke bilik ayahanda yang sedang tidur dan anakku isabel pun ada di situ. Kedua mereka sedang tidur. Lalu bonda mengejutkan mereka dengan sergahannya yang selalu di ucap ketika hayat.

‘amboi, hangpa tidur tak reti-reti nak bangun lagi?’ kata bondaku menyergahi ayahanda yang sedang tidur. Ayahanda ku terjaga lalu matanya terkelip-kelip melihat bonda ku, terasa seperti mimpi agaknya.

Lalu ibunda berkata, ‘bapak, ni mak, arwah mak ni bapak’.

Ayahanda terus memeluk bondaku. Aku melihat wajah ayahandaku yang sudah tua tiada bergigi sedangkan bondaku nampak muda dalam usianya 40 -an dan bersanggul.

Aku lalu menghantar bonda pulang. Sambil menunggunya untuk di ambil oleh seseorang, aku melihat dia  tersenyum melihat orang tersebut sedangkan aku tidak dapat melihat siapa yang datang mengambilnya pulang.

Dia berjalan ke arah orang tersebut beberapa langkah dan kemudian ghaib dari pandangan mata ku.

Ibunda terkejut jaga sebelum subuh. Lalu solat subuh dan sujud syukur terima kasihku kepada Allah kerna pertemukan ku dengan arwah bonda.

Ada kepelikan di sini. Pertama, aku hanya ingin tahu rahsia tuhan yang ku pasti bonda mengetahuinya kerna dia telah melalui alam sakaratul maut.

Kedua, Aku dapati alam mimpi ku adalah nyata kerna aku menyebut arwah bonda kepada ayahanda, iaitu tidak terasa seperti dia hidup semula. Dan kerna ingin tahu hal2 kebenaran rahsia Tuhan  sehingga mimpiku menzahirkan ucapan- ucapan sebegitu.

Ketiga, aku pasti bonda sudah di hitung kerna dia pernah menyebut tentang titian siratul mustaqim.

Mengenal diri yang di maksudkan arwah itu adalah mengenal 4 diri nafsu iaitu ammarah, lawwammah, suffiyyah dan mutmainnah.

Semoga diri batiniah kita tidak bersumber kan nafsu yang wajahnya seperti kita, wataknya juga adalah watak kita. Harus kenal diri yang ini supaya diri nafsu mutmainah akan menyelamatkn kita dari menyusuri diri yang gelap.

 

3 Responses to “Rahsia Tuhan..”

  1. Budak

    selamat menyambut bulan puasa buat ibu

  2. ibunda

    Alhamdulillah TQ krn membaca. Selamat Hari Raya to you!

  3. malzak

    ibu ada lagi bicara ka 2015

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Selamat Datang

Log in

Lost your password?