Subscribe to Subscribe to 's comments

(Tahun 2003)

 

Ketika sekitar tahun 2002-2003, ibu banyak sekali tidur terganggu di tengah malam atau menjelang subuh hari. Ketika tidur selalu ibu memasuki alam yang lain.  Akan kedengaran bunyi-bunyian seakan angklong dan loceng badan akan menjadi separuh berat. Kadang-kadang tubuh tidak dapat di gerak dan telinga dapat mendengar sesuatu percakapan. Aduh..penat setiap kali mengalami keadaan seperti ini. Dan perassan ‘takut’ sentiasa menyelubungi hati. Takut kalau melihat hantu muncul di depan mata. Maklumlah usia muda dan tiada ilmu pendinding diri, kadang-kadang boleh di rasuk jika tidak kuat imannya.

Suatu malam, ketika keadaan separa sedar ibu seperti terjaga dari tidur. Kelihatan pintu kamar terbuka. Lampu kamar gelap namun dapat melihat samar-samar cahaya dari tingkat bawah rumah dua tingkat. Kedengaran bunyi TV dan bau seperti seseorang meggoreng telur di dapur. Baunya naik sampai ke bilik atas. Siapakah gerangan manusia yang berada di rumah ibu?

lelaki misteriTiba-tiba muncul seorang lelaki misteri memasuki kamar ibu dan berdiri di ujung kaki, katil. Wajahnya samar-samar. Yang pasti dia memakai seluar seperti jeans dan tidak memakai baju. Aduh.. badannya sasa. Tubuh tidak tinggi dan tidak kurus. Dia mendekati ibu dan berdiri di sisi katil. Ibu melihat wajahnya. Wajah seperti orang melayu, matanya seperti ‘slyvester stallone’, kelopak matanya tebal tapi mata kelihatan sedikit sepet turun ke bawah. Hidungnya mancung.

Dia berdiri disisi ibu. Lalu dengan sedikit rasa marah, ibu bertanya, ‘siapakah yang menghantar kamu ke sini?’.

Lelaki misteri itu berkata, ‘saya di suruh datang ke sini oleh Raja Agung Sakti’.

‘ Ya, kenapa orang yang menyuruh kamu itu sendiri tidak datang?’. Ibu bertanya seolah-olah kenal Raja Agung Sakti tersebut.

Lelaki tersebut diam saja…

‘Apakah kamu orang yang sudah mati?’, ibu bertanya lagi.

Dia menjawab, ‘ ya…saya sudah lama mati’.

‘Saya datang dari syurga’.

‘Saya orang Indonesia’.

Ibu pula yang terdiam kali ini.

Setelah memperkenalkan diri, pemuda itu lantas duduk di sisi ibu. Tubuh ibu masih kaku di katil. Semakin lama bersama nya ibu semakin mengenali dia. Terasa seperti pernah merindui pemuda ini suatu ketika dulu.

Ibu pun terlelap seketika pabila tangannya membelai rambut ibu. Terkejut dari tidur, kelihatan pemuda itu masih di sisi katil.

Lalu katanya, ‘saya perlu pergi, kamu tertidur tadi’.

Dia pun mencium ibu dan terasa begitu hebat ciumannya.

Ibu berkata, ‘esok datang lagi ya, saya tunggu kamu’. Dia pun mengangguk dan pergi.

Ibu terkejut dari keadaan separa sedar. Terasa pertemuan pendek dengan seorang lelaki misteri di dalam kamar tidur sendiri seperti suatu kenangan yang tidak dapat di lupai.

Ia adalah pertemuan yang romantis bersama orang ghaib dari syurga.

Siapakah gerangan lelaki misteri dari Indonesia itu?

Kenapakah Raja Agung Sakti menghantar beliau kepada ibu?.

Benarkah dia berasal dari Indonesia dan dari syurga? Sehingga kini ibu tidak pernah bertemu lagi dengan dia dan tidak tahu siapakah namanya. Tetapi memori itu bakal tetap hidup di dalam memori ibu. Sungguh indah…

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Selamat Datang

Log in

Lost your password?