Subscribe to Subscribe to 's comments

Keagungan Bismillah

Posted by ibunda. Comments (2).

Semalam 5 Mac 2014, membuka helaian mimpi baru tentang #KeagunganBismillah yang agak simbolis untuk di hayati.

Pada malam hari nya sebelum tidur, Ibunda ada berdoa (berkata-kata) dengan Tuhan ku, agak sedikit berbeda rasa luahan hati ku kali ini kerna aku memikirkan hal manusia.

Kataku, ‘Wahai Tuhan, kenapa mereka menjadikan Islam itu dunia yang sempit? Bukankah kalimah-Mu sungguh luas dan tidak terhitung dan terkaji rahsianya? Kenapa manusia menyempitkan ilmu mu?’

Tulis begini salah, kata begitu sesat, buat begini murtad. Tafsiran mereka tentang ayat-ayat Mu telah menjadikan ilmu-Mu sempit.

Mereka begitu yakin jika Engkau tafsir seperti mereka?

Sedangkan Engkau GANJIL Tuhan. Manakan sama penglihatan-Mu dengan mereka.

Wahai Tuhan, jadikan lah aku  jua ganjil dan berbeda dari mereka.

Apakah Islam yang sebenar wahai Tuhan? Aku jahil dengan ayat-Mu tapi aku tidak pernah menyempitkan Ilmu-Mu.

Kerna hati ku sangat sedih mengingati akan hal ini, aku bermimpi semalam. Tepat jam 3 pagi, mulut ku menyebut ‘ayat, ayat’ sehingga suami ku terjaga dan bertanyakan kenapa?

Ya, mimpi yang Ibunda sendiri tidak pasti untuk menghuraikannya, namun biarlah ku coretkan disini buat tatapan pembaca.

Aku melihat asap awan berkepul-kepul di langit membentuk suatu rupa. Aku di dalam kenderaan ku yang sedang bergerak. Lalu aku melihat tiga manusia yang terbentuk dari asap kepulan awan tadi dan mereka adalah manusia setinggi langit. Seorang wanita di tengah dan dua lelaki di kiri kanannya. Sungguh tinggi mereka sehingga mencecah langit. Aku berlari untuk mengambil gambar.

Lalu wanita itu datang menghampiri ku. Rupanya dia hanya setinggi aku. Masya Allah. Ku tanya kepada nya, siapa yang tinggi itu? Wanita itu berkata, ‘ itu adalah bayang ku’.

Wanita itu ingin memberikan ku sebuah ayat, namun tiba-tiba diriku berada di dalam sebuah masjid.

Ku mendongak ke langit lalu melihat kepulan awan tadi berkumpul lagi lalu menjadi sebuah ayat (seperti ayat Al Quran). Aku cuba membaca. Agak susah. Kemudian imam masjid memberiku scroll ayat yang sama. Aku membaca ayat tersebut sehingga habis walaupun seperti merangkak. Kemudian aku mendongak ke langit lagi. Ayat tersebut bertukar menjadi ayat yang lain.

Aku memanggil bapa ku untuk membantu ku membaca ayat-ayat tersebut. Sambil memanggil ‘bapa, lihat ayat-ayat di langit’, ‘ayat, ayat, ayat…’, kata ku agak keras di dalam tidur sehingga mengejutkan suami ku.

Ibu tidak sempat membaca ayat kedua. Ayat pertama juga tidak ku ingat semuanya, namun hanya ‘Bismillahirrahmanirrahim’ yang dapat ku ingat jelas. Entah ayat apa dan maksudnya apa, namun ku pasti ia ada kaitan dengan mimpi sebelumnya.

Ia adalah perjalanan ku. Ketika ku menitiskan air mata semalam, memikirkan tentang kebenaran Islam, dan kalimah Allah yang sungguh luas. Aku di beri satu tiupan ilmu, bahwa kalimah  (ayat-ayat) yang menjadikan tingginya diri dan ilmu seseorang itu adalah kalimah agung Bismillah.

Itu lah bayang diri ku, setinggi langit rupanya aku andai kalimah ini menyelimuti diri ku. Sudah lama aku berzikir dengan kalimah ini, namun tidak ku tahu mukjizat dan ketinggian kalimah ini. Zikir Bismillah ini telah di ijazah kan kepadaku oleh guru sejati di tahun 2008. aku benar benar mengamalkan nya dengan alunan merdu ketika berzikir sehingga sayu jika mendengarnya. anak ku yang kecil pun bisa menyanyikan nya.

“Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari orang yang ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan dan mengikut agama Ibrahim (agama Tauhid) yang lurus? Dan Allah memilih Ibrahim menjadi kesayanganNya” – An Nisa

“Sungguh Tuhan lebih mengetahui siapa yang tersesat dari Jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk” – Al An’am.

Bukan kah dengan rahmat, kasih dan sayang Tuhan kita di beri ilmu dan anugerah dari Nya?

Apakah Tuhan hanya menghadiahkan ketinggian dan kemuliaan itu kepada mereka yang punya ilmu fiqh dan usuluddin? Atau kemuliaan itu hanya layak untuk alim ulama’?

Bagaimana dengan Kasih Tuhan ? Apakah kami yang kamu kira jahil ini, tidak di kasihi Tuhan? Apa bukti mu di alam ghaib bahwa kamu lebih mengetahui dari kami tentang Islam yang sebenar?

Islam itu sungguh tinggi ilmunya dan ia tidak sempit. Itulah hidayah yang ku terima dan ku sampaikan walau diri ini tidak tahu apakah mimpi yang bakal mendatangi ku di esok hari.

“Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau beri kuasa kepada sesiapa Kau kehendaki, Kau cabut kuasa dari sesiapa yang kau kehendaki. Engkau mulia sesiapa Kau kehendaki dan Kau hina sesiapa Kau kehendaki, sungguh Kau maha kuasa atas segala sesuatu” – al Imran

“ Sesungguhnya ada antara ahli kitab yang beriman kepada Allah dan apa yang di turunkan kepada kamu dan mereka merendah hati kepada Allah dan tidak berjual beli ayat-ayat Allah dengan harga murah” – Al Imran

 

2 Responses to “Keagungan Bismillah”

  1. Nur Azlin

    Assalamualaikum. Saudari, saya mahu saudari hubungiku di facebook. Nur Azlin Azlan, profileku gambar awan-awan dan matahari. azlinn31@gmail.com kerana saya juga ada mimpi-mimpi.

    • ibunda

      Ibunda hanya musafir berkelana yg tiada perhentian dlm mencari Allah. Mrk yg bertemu tulisan bunda tidak akan bertemu zahir ku…dan mrk bertemu zahir ku tidak akan bertemu tulisan ku. Begitu ilmu di sampaikan kpd dunia…diri zahir menjadi ghaib. anggaplah tulisan ini dari orang yang ghaib. Ula ika a’la huda miraabihim wa ula ikahumul muflihun.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Selamat Datang

Log in

Lost your password?