Subscribe to Subscribe to 's comments

( Tahun 2008)

alexander

Pada suatu malam di tahun 2008 ibu berada di sebuah bandar asing yang sedang mengalami keadaan huru hara dan kemiskinan melampau. Dunia menghadapi darurat.

Didalam suasana malam, ibu melihat ramai manusia (lelaki) yang keluar mencuri makanan di kedai-kedai dan merompak di Jalan-jalan. Ketika itu tidak ada satu manusia baik untuk di minta bantuan dan pertolongan. Tidak pasti bagaimana ibu boleh berada di tempat tersebut yang sedang di landa darurat huru-hara.

Terasa seperti orang asing di bandar asing. Didalam kekalutan malam, ibu berlari menyelamatkan diri dari dirompak oleh penjahat jalanan. Berhenti untuk bertanya kepada sang polis yang terlihat berada di suatu kawasan. Polis itu berkata, ‘ disini darurat, mana-mana kamu pergi pun ada penjahat dan saya tidak dapat menolong’. Agak mengecewakan. Ibu terus berlari lagi, takut terlihat oleh sang penjahat.

Sehingga tiba di persimpangan (corner), di sebuah tembok batu-bata, terlihat beberapa kereta bersusun disitu,. Agak tersembunyi lokasinya. Kelihatan seorang pemuda sedang berdiri dan bersandar di tembok, kakinya bersilang sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Pemuda itu seperti ‘white male’ atau lelaki berkulit putih dan berambut merah. Rambutnya pendek dan tebal. Usianya sekitar dalam 28 – 33 tahun.

Ketika itu, beliau sedang bernasyid berbunyi seperti ini; ‘….dan aku bina besi yang panas dan tinggi di antara dua gunung, dari menghalang manusia yang jahat dari satu gunung yang lain turun ke gunung yang lain untuk mencuri, larilah engkau dari gunung tersebut’.

Dan dengan spontannya ibu berhenti di situ dan mendekati beliau.

Ibu berkata, “inilah ayat2 dari Injil, kamu adalah orang yang baik, tolong lah saya encik’. Ibu berkata lagi, ‘Saya cuma mau pulang dengan selamat’.

Ibu memegang tangan beliau dan beliau membawa ibu ke tepian gunung yang curam. Kami terjun dari suatu tempat yang tinggi. Tiba-tiba ibu melihat KLCC dan kawasan sekitaran yang ‘familiar’ dari pandangan mata ibu.  Lalu terkejut dari tidur.

Ibu termenung seketika kerana waktu subuh lagi beberapa minit. Kemudian ibu terus solat subuh. Ketika solat, ibu seperti terlupa semua surah-surah dan hanya membaca surah al-falaq diulang sebanyak tiga kali tanpa disedari.

Lagi sekali ibu kehairanan seperti mengelamun. Apakah yang ibu fikirkan sehingga terlupa bacaan. Lalu ibu mengambil terjemahan al-Quran untuk melihat apakah maksud al-falaq. Agak sudah lupa maksudnya, setahu ibu ayat al-falaq itu dibaca jika ada gangguan hantu dan syaitan.

Ibu melihat bahawa ayat al-falaq adalah tentang cerita tadi. Ianya tentang kekalutan malam pekat, tentang kejahatan manusia di waktu malam dan tentang ketakutan di waktu malam. Masya Allah. Ibu tergamam.

Petang itu, ibu terus menelefon ayahanda menceritakan peristiwa semalam. Ayahanda mengulas tentang ayat tersebut dimana ia  adalah dari surah al-kahfi. Ayat yang menceritakan tentang Iskandar Zulkarnain (Dhul-Qarnayn) dan peristiwa kejahatan dari mahkluk jin – yakjuj dan makjuj. Mahkluk gergasi ini suka merosak dan mencuri tanaman dari orang-orang gunung yang baik sehingga Iskandar Zulkarnain terpaksa membina tembok yang tinggi diantara dua gunung tersebut dari besi yang panas. Masya Allah. Sungguh benar mimpi tadi. Agaknya dimana kah gunung besi ini berada?

Jika menurut kearifan ibu tentang gabungan mimpi kaum jin dan Iskandar zulkarnain, ibu dapat simpulkan bahawa mereka berkaitan.  Nabi Iskandar Zulkarnain merupakan Nabi dari kaum Jin atau dari bangsa Dewa?. Dia mempunyai qaromah sakti. Maka itu sejarah mengatakan Iskandar Zulkarnain mempunyai sayap dan lambangnya adalah Negara Dua tanduk. Ada yang mengatakan dia adalah separuh Dewa kerna bapanya adalah Zeus dari Kerajaan lama Greek berbangsa Macedonia. Iskandar telah mengembara dari Persia sehingga ke Gunung Himalaya di India. Mungkin dengan kelebihan itu Iskandar mampu membina tembok tinggi setinggi gunung dengan bantuan seekor Naga?. Aneh bukan.

Masakan mungkin seorang manusia kerdil mampu melakukan hal-hal yang sebegitu? Mungkin saja dia juga seorang  manusia yang bersaiz besar setinggi 20 kaki atau segolongan jenis gergasi? Beliau juga pengikut agama Majusi, iaitu agama yang di bawa oleh Nabi Zarasthura.

Masya Allah. Semuanya mimpi ibu berkaitan satu sama lain. Dituruni satu persatu di waktu yang berlainan. Umpama seperti ‘puzzle’ yang terpecah-pecah. Jika ibu tidak mampu mengingati mimpi-mimpi ini sudah tentu tidak dapat menghurai maksud petunjuk dari Tuhan.

Firasat ibu selalunya benar dan petunjuk-petunjuk yang ada menceritakan sesuatu yang benar dan ia adalah rahsia Tuhan. Namun sehingga kini ibu tidak kenal siapakah lelaki berambut merah yang telah menolongi ibu dalam kesusahan. Apakah mungkin dia itu Iskandar Zulkarnain? Seorang Raja hebat yang pernah di sanjungi oleh seluruh manusia.

Apakah dia pemuda berambut merah yang lebat?

Jika mengikut sejarah Roman kuno, Alexander the Macedon, dikatakan mempunyai rambut merah , ‘reddish blond’ dan seakan-akan warna halia (ginger) dan sedikit beralun. Kebanyakan makhluk dari keturunan ‘giant’ atau gergasi ini di kaitkan dengan mahkluk berambut merah (red to strawberry blond). Kononnya mereka adalah sebahagian dari penduduk Atlantis.

Kerana salsilah, ibu terhubung dan dihubungi oleh mereka. Semenjak itu, ibu selalu membaca surah al-kahfi sebagai penutup amalan zikir. Alhamdulillah. Ini semua petunjuk dari Tuhan. Sesungguhnya para Nabi dari keturunan jin dan wali suci memerhati dan menjaga ibu dari tersasar dari Jalan kejahatan. Nabi Iskandar Zulkarnai adalah benar dan dia dari kalangan wali suci.

Selepas ini ibu mohon ke hadrat Ilahi agar mendekatkan diri ibu kepada Jalan arifbillah, Jalan kewalian dari kaum adam yang abid. In sya Allah.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Selamat Datang

Log in

Lost your password?