Subscribe to Subscribe to 's comments

Tentang Hari Kematianku…

Posted by ibunda. Comment (0).

Mimpi Tentang Kematianku 

11 May 2015

Malam itu selepas zikir yang panjang, ibu sempat berdoa sambil menadah tangan. Malam itu aku berdoa yang doanya diselit selit antara zikir dan diam diri sehingga mengalir air mataku. Ku takut kemarahan Tuhan, ku takut tidak di redhai-Nya. Doa didalam hati, kerna mulutku memang terkunci untuk berkata-kata apalagi meminta-minta. Malu untuk berdoa yang bukan-bukan, selalu hatiku tidak membenarkan kerana prinsip hidup ku, redha dan pasrah…

Ku tutup solat dengan alkahfi, ‘…dan sungguh aku mengharapkan pertemuan dengan Mu… dan sungguh aku tidak menyekutukan-Mu…..lalu ku tiup doa …..Maha Suci Maha Qudus Rabb Tuhan ku, malaikat dan ruh’…dan berdiam diri, menghantar amalan ke lauhul mahfuz…

… Mimpi yg panjang membuatku terkejut jam 5 pagi. suasana seperti sedang berjihad….dalam perjuangan menegakkan kebenaran, diri ini di buru dan mereka mau menghapus ku ketika saja mendengar nama ku…

ibu didalam sebuah rumah, seorang lelaki berbadan gempal berjaya menyerbu dan melepaskan tembakan kearah ku. Diri ini rebah….sambil melutut aku merasakan peluru itu menembusi dada ku dari belakang. Tulang belakang terasa sejuk teramat dan seluruh tubuh lemah gemalai. Mata tidak bergerak lagi namun didepan ku cuma ada sebuah pandangan. Pandangan kosong yang tidak bergerak. Hati berkata apakah aku sedang di ambang kematian?

Terdengar suara arwah bonda berada di sebelahku. Bonda ku yang sudah meninggal dunia datang ….lalu memegang kepalaku  dan berkata, ‘keluarlah ruh dari jasad dan kembalilah engkau kepada Allah’….kemudian Mata ku tertutup rapat,  pandangan menjadi gelap …masya allah.

Ya allah aku sudah mati, hati berkata. Ntah berapa lama aku berada dalam pandangan yang GELAP. Ketika sedar aku berada di sebuah PERHENTIAN. Stesen….Ramai manusia sedang menunggu. Ntah apa yang mereka tunggu, mungkin bas, atau keretapi atau helicopter? Manusia tiada membawa sebarang beg termasuk lah aku. Hanya sehelai sepinggang. Ibu  seperti di iringi oleh seseorang, tidak dapat melihat wajahnya.

Kami pergi ke sebuah bilik kaunter untuk pertanyaan. Aku memberi kan nama pendek ku. Lelaki di bilik kaunter meminta nama penuh ku dan setelah itu dia terus menelefon. Kemudian dia memberi ku sebuah kad, yang tertulis destinasi ku… Ibu melihat seperti kenderaan terapung datang mengambil seorang wanita lalu aku bertanya kepada lelaki di kaunter, kemanakah wanita itu akan di hantar. Dia berkata di kawasan sejuk di selatan. Lalu kenderaan terapung datang mengambilku. Agak cepat diri ini di jemput berbanding ramai manusia lain yang sedang menunggu.

Aku akan di hantar ke sebuah perkampungan, begitulah yang di bisikkan oleh lelaki tadi. Perkampungan? …..Benarlah seperti apa Ayahanda guru ku pernah beritakan. Perkampungan untuk mereka yang mati tiada seksaan, akan di himpunkan di sebuah perkampungan. Perkampungan ini  terletak seperti kedudukan jari telunjuk mengangkat shahadah. Namun perkampungan ini masih di dunia, bukan di syurga..Ia terletak dipersimpangan antara dua Jalan. Jalan tertunjuk ke atas adalah ke syurga dan Jalan yang tertunjuk ke bawah adalah ke neraka.

Sangat berhampiran syurga firdaus.Apakah disini tempat ku nanti ya Allah?

Hati ini terasa seperti tidak mau di hantar ke perkampungan.Benarkan diri ini berkhidmat dengan-Mu. Benarkan aku bertugas di bawah panji bendera rasul dan malaikat Mu…

Ya Allah. Mengalir airmata ku. Di saat ini aku harus menerima takdir ku setakat ini.

Namun aku harus bersyukur kerna ku lebih mengetahui kedudukan ku dari mereka yang lain. Sekurang-kurangnya diri ini tidak menunggu di stesen untuk selama lamanya… Aku harus bersyukur kerna tidak di hantar ke neraka.Aku juga harus bersyukur kerna tidak menjadi penunggu bumi…

 

Mimpi tentang Hari KematianMei 2014

Ia adalah sebuah dialog perbualan tentang hari kematianku. Di bulan Mei tahun 2014. Ibunda menulis mimpi ini untuk tatapan anak cucu ku. Andai ia benar, maka benarlah apa yang di kata, andai tiada benar, benar juga apa yang di kata. Kerna mimpi ini adalah simbolis, erti kematian juga membawa erti sebuah perjalanan yang baru.

Ibu sedang berdialog dengan seseorang….mungkin Dia adalah diri ku atau malaikat, atau mungkin penjaga ku.

kata ku,  “khabarkan kepada ku tentang hari kematian ku, supaya diri ini tahu dan bersiap sedia”. “…katakan pada ku bila hari kematian ku?”.

Kata Dia, “ kamu mati muda, lebih awal dari teman-teman mu, dan usia mati mu 59 tahun

Kata Ibu, “ bagaimana dengan anak ku?”, tiba-tiba soalan ini yang ku tanyai dulu.

Kata Dia, “ jangan risau hal anak mu, dia akan di jaga”.

Kata Ibu, “ kenapa ku mati muda?”

Kata Dia, “mati mu kerana sakit, yang disebabkan oleh jangkitan”.

Kata Ibu, “ mati sakit?” “apakah tika ku sakit, diri ini tahu bahawa aku akan mati?”

Kata Dia, “Ya , mu  tahu dirimu akan mati ” ……sambil merenung jauh… Lalu seperti ada tayangan video yang mempamerkan diri ku sendiri terrlantar sakit di atas sebuah katil….mungkin di hospital. Masih muda lagi tika ku menemui ajal… Allahu Akbar.

Kemudian ada seorang wanita mengambil token bulat seperti wang syiling yang besar dan meletakkan ia di dalam sebuah rak bulat bersama token-token yang sudah meninggal dunia. Dia menyelitkan token ku di sana. Lalu diri ini terkejut dari tidur sebelum subuh. Allahu Akbar.

Ini lah jawapan terpenting yang ingin ku dengar, iaitu hari kematian ku. Ya Allah, diri ini redha andai ku harus pergi meninggalkan dunia sebelum usia 60. Jangan Kau panjangkan umur ku lagi. Cukup lah usia ini bagi ku. Tiada cita-cita untuk memiliki dunia dan segala isi nya. Permudah kan kematian bagi ku…

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Selamat Datang

Log in

Lost your password?