Subscribe to Subscribe to 's comments

Archive for the ‘Mimpi Bertemu Wali Suci’ category

( Tahun 2008)

alexander

Pada suatu malam di tahun 2008 ibu berada di sebuah bandar asing yang sedang mengalami keadaan huru hara dan kemiskinan melampau.

Didalam suasana malam, ibu melihat ramai manusia (lelaki) yang keluar mencuri makanan di kedai-kedai dan merompak di Jalan-jalan. Ketika itu tidak ada satu manusia baik untuk di minta bantuan dan pertolongan. Tidak pasti bagaimana ibu boleh berada di tempat tersebut yang sedang di landa darurat huru-hara.

Terasa seperti orang asing di bandar asing. Didalam kekalutan malam, ibu berlari menyelamatkan diri dari dirompak oleh penjahat jalanan. Berhenti untuk bertanya kepada sang polis yang terlihat berada di suatu kawasan. Polis itu berkata, ‘ disini darurat, mana-mana kamu pergi pun ada penjahat dan saya tidak dapat menolong’. Agak mengecewakan. Ibu terus berlari lagi, takut terlihat oleh sang penjahat.

Sehingga tiba di persimpangan (corner), di sebuah tembok batu-bata, terlihat beberapa kereta bersusun disitu,. Agak tersembunyi lokasinya. Kelihatan seorang pemuda sedang berdiri dan bersandar di tembok, kakinya bersilang sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Pemuda itu seperti ‘white male’ atau lelaki berkulit putih dan berambut merah. Rambutnya pendek dan tebal. Usianya sekitar dalam 28 – 33 tahun.

Ketika itu, beliau sedang bernasyid berbunyi seperti ini; ‘….dan aku bina besi yang panas dan tinggi di antara dua gunung, dari menghalang manusia yang jahat dari satu gunung yang lain turun ke gunung yang lain untuk mencuri, larilah engkau dari gunung tersebut’.

Dan dengan spontannya ibu berhenti di situ dan mendekati beliau.

Ibu berkata, “inilah ayat2 dari Injil, kamu adalah orang yang baik, tolong lah saya encik’. Ibu berkata lagi, ‘Saya cuma mau pulang dengan selamat’.

Ibu memegang tangan beliau dan beliau membawa ibu ke tepian gunung yang curam. Kami terjun dari suatu tempat yang tinggi. Tiba-tiba ibu melihat KLCC dan kawasan sekitaran yang ‘familiar’ dari pandangan mata ibu.  Lalu terkejut dari tidur.

Ibu termenung seketika kerana waktu subuh lagi beberapa minit. Kemudian ibu terus solat subuh. Ketika solat, ibu seperti terlupa semua surah-surah dan hanya membaca surah al-falaq diulang sebanyak tiga kali tanpa disedari.

Lagi sekali ibu kehairanan seperti mengelamun. Apakah yang ibu fikirkan sehingga terlupa bacaan. Lalu ibu mengambil terjemahan al-Quran untuk melihat apakah maksud al-falaq. Agak sudah lupa maksudnya, setahu ibu ayat al-falaq itu dibaca jika ada gangguan hantu dan syaitan.

Ibu melihat bahawa ayat al-falaq adalah tentang cerita tadi. Ianya tentang kekalutan malam pekat, tentang kejahatan manusia di waktu malam dan tentang ketakutan di waktu malam. Masya Allah. Ibu tergamam.

Petang itu, ibu terus menelefon ayahanda menceritakan peristiwa semalam. Ayahanda mengulas tentang ayat tersebut dimana ia  adalah dari surah al-kahfi. Ayat yang menceritakan tentang Iskandar Zulkarnain (Dhul-Qarnayn) dan peristiwa kejahatan dari mahkluk jin – yakjuj dan makjuj. Mahkluk gergasi ini suka merosak dan mencuri tanaman dari orang-orang gunung yang baik sehingga Iskandar Zulkarnain terpaksa membina tembok yang tinggi diantara dua gunung tersebut dari besi yang panas. Masya Allah. Sungguh benar mimpi tadi. Agaknya dimana kah gunung besi ini berada?

Jika menurut kearifan ibu tentang gabungan mimpi kaum jin dan Iskandar zulkarnain, ibu dapat simpulkan bahawa mereka berkaitan.  Nabi Iskandar Zulkarnain merupakan Nabi dari kaum Jin atau dari bangsa Dewa?. Dia mempunyai qaromah sakti. Maka itu sejarah mengatakan Iskandar Zulkarnain mempunyai sayap dan lambangnya adalah Negara Dua tanduk. Ada yang mengatakan dia adalah separuh Dewa kerna bapanya adalah Zeus dari Kerajaan lama Greek berbangsa Macedonia. Iskandar telah mengembara dari Persia sehingga ke Gunung Himalaya di India. Mungkin dengan kelebihan itu Iskandar mampu membina tembok tinggi setinggi gunung dengan bantuan seekor Naga?. Aneh bukan.

Masakan mungkin seorang manusia kerdil mampu melakukan hal-hal yang sebegitu? Mungkin saja dia juga seorang  manusia yang bersaiz besar setinggi 20 kaki atau segolongan jenis gergasi? Beliau juga pengikut agama Majusi, iaitu agama yang di bawa oleh Nabi Zarasthura.

Masya Allah. Semuanya mimpi ibu berkaitan satu sama lain. Dituruni satu persatu di waktu yang berlainan. Umpama seperti ‘puzzle’ yang terpecah-pecah. Jika ibu tidak mampu mengingati mimpi-mimpi ini sudah tentu tidak dapat menghurai maksud petunjuk dari Tuhan.

Firasat ibu selalunya benar dan petunjuk-petunjuk yang ada menceritakan sesuatu yang benar dan ia adalah rahsia Tuhan. Namun sehingga kini ibu tidak kenal siapakah lelaki berambut merah yang telah menolongi ibu dalam kesusahan. Apakah mungkin dia itu Iskandar Zulkarnain? Seorang Raja hebat yang pernah di sanjungi oleh seluruh manusia.

Apakah dia pemuda berambut merah yang lebat?

Jika mengikut sejarah Roman kuno, Alexander the Macedon, dikatakan mempunyai rambut merah , ‘reddish blond’ dan seakan-akan warna halia (ginger) dan sedikit beralun. Kebanyakan makhluk dari keturunan ‘giant’ atau gergasi ini di kaitkan dengan mahkluk berambut merah (red to strawberry blond). Kononnya mereka adalah sebahagian dari penduduk Atlantis.

Kerana salsilah, ibu terhubung dan dihubungi oleh mereka. Semenjak itu, ibu selalu membaca surah al-kahfi sebagai penutup amalan zikir. Alhamdulillah. Ini semua petunjuk dari Tuhan. Sesungguhnya para Nabi dari keturunan jin dan wali suci memerhati dan menjaga ibu dari tersasar dari Jalan kejahatan. Nabi Iskandar Zulkarnai adalah benar dan dia dari kalangan wali suci.

Selepas ini ibu mohon ke hadrat Ilahi agar mendekatkan diri ibu kepada Jalan arifbillah, Jalan kewalian dari kaum adam yang abid. In sya Allah.

(Tahun 2010)

Ratu_ilmu_putihBermula dari tolakan kaki yang rendah, ibu sudah boleh untuk tidak menjejak kaki ke bumi apabila berjalan. Ia seperti terapungan diatas angin dan badan menjadi seringan dan sealunan irama angin. Seolah-olah seperti berenang. Apabila badan serasi dengan alunan angin, tolakan kaki menjadi ringan dan tinggi.

Seni ini semakin meningkat dari sehari ke sehari sehingga lompatan dan terbangan ibu menjadi setinggi bangunan pencakar langit. Ibu mencoba seni ini beberapa kali di dalam mimpi-mimpi yang berlainan. Ketika ibu ingin pergi lebih jauh dari kemampuan badan, ibu terasa terlalu berat untuk menerjah angin, lompatan jadi terganggu dan penatnya terasa sehingga terjaga. Mungkin juga kerna amalan ibu belum cukup untuk membuat terbangan yang lebih tinggi.

Pada mimpi kali ini,  ibu bertarung ilmu dengan seorang wanita (wajahnya tidak kelihatan) tetapi dia memakai pakaian serba hitam dan sebentuk cincin yang juga hitam. Pertarungan itu menggunakan satu kuasa yang ibu sendiri tidak fahami bagaimana ia boleh berlaku. Suasana pertarungan seperti satu pertandingan. Akhirnya ibu berjaya mengalahkan wanita itu kerana kepantasan yang tidak terkejar oleh wanita tersebut. Ibu terbang tinggi setinggi langit dan terbang jauh sehingga tiada yang dapat melepasi kekuatan  dan kepantasan ibu.

Ibu mendengar suara mereka berkata, ‘Dia (iaitu ibu) menang pertandingan ini kerana Ratu Ilmu Putih berada didalam dirinya’.

Sejak hari itu, ibu terasa cuak untuk memakai pakaian hitam atau cincin berbatu hitam. Malah apa-apa saja yang berwarna hitam termasuk membuat alas mata hitam (eyelid) yang tebal. Risau kalau-kalau kesukaan perbuatan lahiriah ibu tanpa disedari menyatakan bahawa kita seorang yang berasal dari keturunan ahli sihir. Masya Allah.

Ibu memikir siapakah Ratu Ilmu Putih tersebut. Apakah dia seorang atau lebih dari seorang di bumi ini? Adakah si Ratu mempunyai nama yang lain? Mungkinkah ilmu hitam dan ilmu putih itu adalah sama? Mungkin juga wanita berpakaian hitam itu adalah ibu sendiri. Entah, yang pasti ibu tiada jawapan kepada semua itu.

Tidak pernah ibu mendengar cerita tentang Ratu Ilmu Putih. Pernah ibu cari-cari maklumat tersebut namun tiada yang tahu. Dan ini kali kedua bermimpi tentang ILMU PUTIH setelah bertahun-tahun dulu pernah ibu mimpikan Nabi Adam, Bapa Segala Ilmu Putih.

Ibu sedari tentang kelebihan terbang dan terawang yang dimiliki setelah rajin mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran selepas solat. Mungkin juga kerna amalan membaca Al Quran ini mencetuskan kelebihan diri di alam ghaib. Namun pabila kita membaca tiadalah apa-apa niat untuk kelebihan. Ianya terjadi dengan sendiri tanpa ibu tahu puncanya.

 

(Tahun 2008)

jin islamKetika di tengah-tengah era, dimana ibu sedang mencari ketenangan, ibu mengalami kesuraman jiwa.

Lalu ibu berniat melakukan solat taubat supaya ketenangan jiwa di kembalikan dan disucikan. Ibu memohon agar Tuhan menyucikan ibu dari segala dosa dan menerima ibu kembali ke sisi-Nya.

Solat taubat 40 hari  dilaksanakan pada setiap malam berturut-turut dan malam tersebut adalah malam ke-40. Pada malam itu ibu bermimpi, cemas dan pendek.

Berkisah tentang ‘kepulangan’ Ibu yang akan disambut dan di ‘rai’ oleh kaum kerabat di kepulauan. Ya entah di mana, namun terasa keindahan ‘kembali’ ke Jalan yang lurus dan bakal di sambut meriah kesucian itu.

Ketika kaki ibu mahu melangkah keluar rumah, ibu didatangi tiga orang pemuda. Didalam kabus awan tebal seperti di waktu subuh, ibu  melihat dua dari pemuda itu memakai jubah putih dan berkain putih. Jubah itu di biar terbuka dan tidak di butang.

Lagi pelik pabila melihat mereka mempunyai satu tanduk di tengah dahi.

Masya Allah. Apakah ini mimpi atau benar?

Tidak pernah ibu melihat manusia bertanduk, ini lah kali pertama melihat didalam mimpi.

Apakah mereka ini Jin Islam?

Jelas sungguh wajah seorang dari pemuda itu. Dalam usia 30-an, wajah manis, berkulit kuning langsat dan rambut berombak alun sehingga hampir mencecah ke paras bahu. Dan orang ketiga itu agak kecil dan pendek setinggi aras pinggang dan tidak kelihatan seperti manusia. Mungkin kelihatan sedikit cacat dipandangan mata ibu.

Pemuda yang punya tanduk di dahi itu berkata dengan nada serius. Berbunyi seperti sebuah peringatan keras.

Beliau berkata; ‘Ramai manusia inginkan Islam, tetapi mereka hanya berkata kosong , tidak pernah melaksanakan’.

Sungguh pendek mimpi tersebut.

Jantung terasa kuat berdegup. Berpeluh juga kali ini. Ketika itu jam menunjukkan  malam masih awal, baru jam 1.00 pagi. Ibu bangun dan terus solat Tahajjud.

Agak termenung lama memikirkan pertistiwa sebentar tadi kerana ibu telah memasuki alam Jin. Itulah alam jin yang mempunyai sedikit kaitan salsilah dengan darah sebelah ayahanda ibu. Jin Islam atau Jin yang beriman dikatakan tinggal di alam atas, antara awan-awan. Kerana itu, ibu dapati banyak kabus yang meliputi kami dan cahaya agak suram seperti di subuh hari.

Mereka yang alim itu menduduki syurga di atas awan antara bumi dan bulan. Itulah syurga mereka. Pakaian mereka putih atau berjubah putih.

Inilah rahsia alam ghaib. Seandainya manusia itu tahu akan keturunan dan asalnya dia pasti akan mengenal Allah.

Andai kamu berasal dari keturunan jin kamu akan di pulangkan kepada salsilah jin. Kamu akan dihubungkan kepada mereka. Pasti kamu tidak dapat lari dari kenyataan walaupun ia di dalam mimpi.

Kamu bukan dari kaum bani Adam yang terselamat dari bencana di Zaman Nabi Noh. Kamu adalah pewaris dari keturunan yang lain. Carilah asal mu!.

Ibu berdoa dan memohon agar suatu hari akan terangkat benih jin ini dari kalbu ruhani ku. Kerna ia adalah sebuah cerita lama yang terlahir dari bangsa Indo-Persia , di situ lah asalnya ibu.

Mengembalikan ibu kepada keturunan Bani Israel mungkin tidak bisa berlaku atau mungkin perjalanan nya akan mengambil ribuan masa.  Semoga Tuhan menyucikan ku dan mengangkat makam ku kembali sebagai manusia yang luhur dari kaum Adam.

Bukanlah mudah untuk mengubah benih yang sudah tersemat dan tersemai didalam jiwa dan afaal seseorang. Bukanlah mudah untuk menyucikan diri. Itu kerja nya Allah! Bukan kamu bisa mengubah perihal kejadian kamu. Namun kamu disuruh agar mencari dirimu yang wujud berlapis-lapis supaya kamu kenal dia lalu merendah diri dengan kebesaran Allah.

Perangai seperti ‘jin’ kadang-kadang yang sudah sebati tidak mudah untuk di buang. Ego dan pemarah, sombong dan bongkak. Nah ini sifat-sifat jin yang harus di hapus dari diri manusia yang paling dalam supaya sifat-sifat Allah boleh di kembalikan. Selagi manusia bersifat api dan mewujudkan api didalam diri, masih jauh untuknya mendaki alam diri untuk menjadi bangsa Muhammad.  Bangsa Muhammad itu Islam yang suci, bersih dan lembut. Sepertimana sifatnya Muhammad, manusia yang mengingini Islam harus menyuci diri sehingga sebersih hati Muhammad.

Namun kata-kata jin tersebut bukanlah omongan kosong. Kerana ia betul-betul suatu peringatan buat Ibu ketika menyuci ruhani selama 40 hari. Maka janganlah kiranya manusia hanya mengingini Islam tetapi cuma omong kosong.

Setelah berbulan-bulan berlalu, ibu melihat maksud ayat tersebut ada disebut dalam Al Quran – Al-Hijr. Betapa jin sangat arif tentang Al Quran dan menyampaikan satu ayat kepada ibu sebagai peringatan.

(Tahun 2003)

 

Ketika sekitar tahun 2002-2003, ibu banyak sekali tidur terganggu di tengah malam atau menjelang subuh hari. Ketika tidur selalu ibu memasuki alam yang lain.  Akan kedengaran bunyi-bunyian seakan angklong dan loceng badan akan menjadi separuh berat. Kadang-kadang tubuh tidak dapat di gerak dan telinga dapat mendengar sesuatu percakapan. Aduh..penat setiap kali mengalami keadaan seperti ini. Dan perassan ‘takut’ sentiasa menyelubungi hati. Takut kalau melihat hantu muncul di depan mata. Maklumlah usia muda dan tiada ilmu pendinding diri, kadang-kadang boleh di rasuk jika tidak kuat imannya.

Suatu malam, ketika keadaan separa sedar ibu seperti terjaga dari tidur. Kelihatan pintu kamar terbuka. Lampu kamar gelap namun dapat melihat samar-samar cahaya dari tingkat bawah rumah dua tingkat. Kedengaran bunyi TV dan bau seperti seseorang meggoreng telur di dapur. Baunya naik sampai ke bilik atas. Siapakah gerangan manusia yang berada di rumah ibu?

lelaki misteriTiba-tiba muncul seorang lelaki misteri memasuki kamar ibu dan berdiri di ujung kaki, katil. Wajahnya samar-samar. Yang pasti dia memakai seluar seperti jeans dan tidak memakai baju. Aduh.. badannya sasa. Tubuh tidak tinggi dan tidak kurus. Dia mendekati ibu dan berdiri di sisi katil. Ibu melihat wajahnya. Wajah seperti orang melayu, matanya seperti ‘slyvester stallone’, kelopak matanya tebal tapi mata kelihatan sedikit sepet turun ke bawah. Hidungnya mancung.

Dia berdiri disisi ibu. Lalu dengan sedikit rasa marah, ibu bertanya, ‘siapakah yang menghantar kamu ke sini?’.

Lelaki misteri itu berkata, ‘saya di suruh datang ke sini oleh Raja Agung Sakti’.

‘ Ya, kenapa orang yang menyuruh kamu itu sendiri tidak datang?’. Ibu bertanya seolah-olah kenal Raja Agung Sakti tersebut.

Lelaki tersebut diam saja…

‘Apakah kamu orang yang sudah mati?’, ibu bertanya lagi.

Dia menjawab, ‘ ya…saya sudah lama mati’.

‘Saya datang dari syurga’.

‘Saya orang Indonesia’.

Ibu pula yang terdiam kali ini.

Setelah memperkenalkan diri, pemuda itu lantas duduk di sisi ibu. Tubuh ibu masih kaku di katil. Semakin lama bersama nya ibu semakin mengenali dia. Terasa seperti pernah merindui pemuda ini suatu ketika dulu.

Ibu pun terlelap seketika pabila tangannya membelai rambut ibu. Terkejut dari tidur, kelihatan pemuda itu masih di sisi katil.

Lalu katanya, ‘saya perlu pergi, kamu tertidur tadi’.

Dia pun mencium ibu dan terasa begitu hebat ciumannya.

Ibu berkata, ‘esok datang lagi ya, saya tunggu kamu’. Dia pun mengangguk dan pergi.

Ibu terkejut dari keadaan separa sedar. Terasa pertemuan pendek dengan seorang lelaki misteri di dalam kamar tidur sendiri seperti suatu kenangan yang tidak dapat di lupai.

Ia adalah pertemuan yang romantis bersama orang ghaib dari syurga.

Siapakah gerangan lelaki misteri dari Indonesia itu?

Kenapakah Raja Agung Sakti menghantar beliau kepada ibu?.

Benarkah dia berasal dari Indonesia dan dari syurga? Sehingga kini ibu tidak pernah bertemu lagi dengan dia dan tidak tahu siapakah namanya. Tetapi memori itu bakal tetap hidup di dalam memori ibu. Sungguh indah…

Dewi Quan Yin

(Tahun 2003)

 

Mimpi selalunya menceritakan perihal diri sendiri. Namun mimpi ini tidak menceritakan tentang ibu tetapi mungkin juga ‘dia’ adalah diri ibu sendiri.

Pada tahun 2003, ibu bermimpi tentang seorag Dewi. Ketika berjalan di sebuah tempat seakan sebuah istana atau mungkin juga sebuah muzium atau seperti kuil yang sangat besar. Kelihatan lantai marmar yang sangat berkilat indah, dindingnya di warnai dengan warna kilauan emas. Kelihatan istana itu mempunyai beberapa patung yang di tempatkan di lantai yang agak tinggi sedikit seperti wakaf dari binaan beberapa anak tangga. Beberapa kumpulan manusia berkumpul di bawah wakaf tersebut. Mereka menyembah  patung-patung ini.

bali gurlKemudian ibu terlihat suatu patung wanita yang memegang pasu ( vase) sedang menuang air ke kolam. Beberapa orang di bawah anak-anak tangga wakaf itu menyembahnya. Tika asyik melihat patung tersebut, tiba-tiba seorang wanita keluar dari badan patung itu. Dia muncul dan menjelma sebagai manusia. Ya,seorang wanita keluar dari tubuh sebuah patung.

Apakah yang terjadi?

Wanita cantik itu berjalan menuruni anak-anak tangga dan kebetulan menuju kearah ibu. Dia semakin mendekati diri ini yang tergamam sejak tadi. Wanita itu anggun sekali, memakai pakaian tradisional seperti pakaian Indonesia atau mungkin seperti Thailand. Kain sarungnya seperti berbenang emas dan perhiasan sanggulnya berwarna emas. Lagak berjalannya seperti seorang Diva.

Bajunya tidak mempunyai lengan tangan. Kelihatan kedua lengan atasnya di liliti oleh perhiasan gelang di lengan. Dia memiliki kulit putih kuning dan raut wajah berbentuk agak lebar dan tidak bulat atau tidak panjang. Dahinya agak jendul dan luas mungkin kerana dia bersanggul. Orangnya bersaiz besar, dan tidak kecil serta tidak gemuk. Berisi tidak tetapi cukup saiz dan padan dengan tingginya.  Kami seperti  sama tinggi dan sama saiz.

Dia menghampiri ibu dan ibu mengucapkan salam kepadanya. Wanita itu cuma tersenyum , terus berjalan meninggalkan ibu. Dia tidak menyambut salamku, namun cuma tersenyum.

Ibu terjaga dari tidur.

Terfikir jika ibu berada dimana sebentar tadi.

Kenapa ibu hadir ke sebuah kuil yang mempunyai patung-patung? Sedangkan ibu bukan seorang yang menyembah patung atau pagan. Tidak pernah ibu mengenali patung-patung ini atau agama mereka sebelum ini. Apakah yang mau di beritakan kepada ibu? Siapakah dewi ini yang disembah oleh manusia?

Setelah sebulan berlalu, ibu mengikuti rombongan ke Bali. Kebetulan memang tiada hajat untuk kesana. Ini kerana rombongan (paid trip) yang dibayar syarikat untuk melancong.

Tidak ada hajat yang besar cuma jika terjumpa sesuatu yang aneh pasti ibu akan menukar niat. Ketika bas rombongan melalui pekan-pekan di kota Bali, ibu melihat patung-patung ukiran di setiap kedai-kedai tersebut. Banyaknya kerajinan tangan orang-orang Bali.

Ketika itu ibu terlihat akan patung ini. Patung seorang wanita memegang pasu berisi air. Masya Allah. Apakah ini semua benar? Ibu sedang berada di negeri dewi yang pernah mewujudkan dirinya kepada ibu tempoh hari.

Beginilah patung itu kelihatan. Malah serupa gambaran ibu tentang gelang di lengannya dan tentang sanggulnya serta pakaiannya. Apakah visi tentang dewi ini serupa di seluruh dunia? Apakah dewi ini muncul bersama pakaiannya sehingga manusia boleh menggambari beliau dengan begitu hebat sekali.

Dewi Bali

Ibu sempat bertanyakan kepada orang bali dan mereka mengatakan dia adalah Dewi Kanin. Kalau di Jepun dipanggil Kanon dan kalau di China atau Korea di panggil Quan Yin.

Masya Allah. Betapa hebatnya mimpi ibu, cuma sebulan sebelum keberangkatan tiba ke Bali. Dewi ini telah dulu menghubungi ibu untuk memperkenalkan dirinya sebelum ibu menjejaki ke pulau Bali. Di bawah ini adalah gambar wanita Bali, malah agak hampir serupa dengan pakaian dan warna yang dipakai.

Menurut kearifan ibu, Dewi Quan Yin atau Dewi Kanin ini memang seorang dewi yang sakti  dan pengaruhnya amat besar ke atas manusia terutama wanita-wanita. Beliau menjaga perigi dan sumur, tempat mandian anak bidadari syurga. Air yang mengalir dari perigi dan sumur ini menjadikan wanita awet muda.

Dialah Tuan Puteri yang menjaga kolam mandi tersebut dan jika tuan hamba dapat menjelajahi ke alam syurga wali suci , dan menemui kolam mandi “Taman Bunga Teratai ” ini nescaya akan bertemu dengan si Dewi Quan Yin.

Selamat Datang

Log in

Lost your password?