(Tahun 2008)
Ketika ibu di buai oleh permainan dunia, ibu di kejutkan oleh suatu mimpi yang mohon sekali agar Tuhan menjauhinya dari kehidupan ibu. Ia berlaku di tahun 2008, tika aku di himpit dengan permainan dunia dan syaitan. Aku bermimpi di hantar ke Neraka?
Ketika ibu menaiki sebuah bas di sebuah kota asing. Kami melalui sebuah jambatan besar yang panjang. Kelihatan kota megah dengan bangunan-bangunan tingg begitu banyak sekali. Jambatan tersebut berhampiran laut dan di kiri kanan tersergam bangunan-bangunan megah.
Pemandangan dari atas jambatan sungguh indah. Lautnya biru, cuacanya cerah dan bangunan kaca pelbagai rupa.
Tiba-tiba bangunan-bangunan itu runtuh satu persatu seperti berlaku satu gempa bumi atau peperangan. Semua bangunan-bangunan tinggi runtuh dan berkecai ke tanah.
Aduh…bergegar sanubari ku.
Ibu melihat jambatan juga semakin terputus-putus. Lalu bas yang kami naiki menjunam jatuh ke lautan.
Ketika di dasar lautan, ibu melihat penumpang ingin bergegas keluar, namun semuanya terperangkap di dalam bas tersebut. Dalam kekalutan itu ibu melihat sebuah helikopter penyelamat datang, terlihat bayang-bayangnya di permukaan laut.
Penyelamat itu seakan melihat ibu lalu menghulurkan tangannya. Alhamdulillah. ibu terselamat dari kecelakaan dan di tarik keluar dari lautan.
Mereka menghantar ibu ke sebuah tempat perlindungan untuk bermalam.
Ibu berada di sebuah rumah agam. Apabila ibu memasuki rumah tersebut, kelihatan ramai wanita di sana. Rupa-rupanya ia sebuah rumah pelacuran.
Bagaimana boleh ibu di hantar ke rumah pelacuran untuk berlindung semalam dua?
Namun kerana sudah di hantar, ibu tidak banyak berfikir lalu terus melewati satu persatu bilik-bilik kamar di situ. Di kanan ibu terdapat satu barisan lelaki yang sedang menunggu giliran. Seperti di ruangan kaunter. Kelihatan mereka begitu hodoh, menjulur lidah seolah-olah seperti sedap hidangan yang bakal di nikmati nanti. Pandangan mata mereka liar dan mereka seperti tiada terurus.
Ibu terus berjalan lagi. Bilik kamar di sebelah kiri, kelihatan wanita-wanita yang tidur beralas kain di lantai dan terkangkang sana sini. Mereka berbogel. Seperti keadaaan menghadap kearah kipas seolah-olah mahu mengeringkan kemaluan yang mengalirkan cecair busuk dari bahagian tersebut. Agak mual dan memalukan.
Ibu terpaksa melalui bilik kamar ini untuk ke kamar belakang. Lalu ibu terginjat-ginjat kaki agar tidak terpijak wanita-wanita yang sedang tidur di lantai.
Di kamar belakang, kelihatan beberapa buah pangkin kayu seperti katil. Katil kayu ini untuk wanita-wanita tidur. Mereka tidur tidak beralaskan tilam dan bantal.
Yang peliknya, kaki mereka di pasung. Dengan hanya kain sarung menutupi badan, kaki mereka di kangkang dan di pasung. Satu bekas berisi duit di letak di hujung kaki yang terpasung itu.
Masya Allah. Apakah benar peristiwa yang ibu lihat?
Sungguh memalukan!
Tidak terfikir oleh ibu tentang azab neraka bagi wanita yang melacur diri.
Sungguh sama modus operandi nya seperti di dunia.
Pelacur yang memakai wangian di dunia, rupanya berbau busuk di neraka. Badan dan kemaluan mereka yang wangi di dunia untuk santapan lelaki rupanya berbau busuk di neraka namun lelaki durjana merasa enak dengan santapan jijik tersebut. Barulah ibu tahu rupanya begitu balasan setimpal bagi pelacur dan pelanggan.
Di neraka juga punya rumah pelacuran. Itulah persamaannya….
Tiba-tiba ibu terjumpa beberapa wanita seperti kenalan sekolah dan mereka menegur ibu, ‘eh engkau tinggal disini?’.
Ibu terus menjawab tersipu-sipu malu, ‘Eh tidak, aku singgah saja, disuruh bermalam di sini tak sangka pulak rumah pelacuran’.
Ibu pun terjaga dari tidur yang panjang. Masih terasa perasaan malu tersebut.
Kenapakah ibu di suruh melihat rumah pelacuran? Masya Allah. Pengalaman yang sungguh takut untuk di ingati.
Bangunan-bangunan kota megah itu jika di tafsirkan merupakan amalan-amalan kita selama ini. Amalan di kiaskan dengan binaan bangunan-bangunan. Dan jambatan itu untuk meluluskan perjalanan seseorang menuju ke destinasi makam yang lain.
Namun semuanya sudah musnah. Amalan ibu gugur satu persatu oleh kezaliman diri sendiri. Kesalahan dan dosa telah menhancurkan bukti amalan yang telah dibina sekian lama.
Ibu terjatuh sehingga ke dasar lautan. Mujur di selamatkan dan di beri perlindungan. Namun rumah pelacuran ini adalah sebuah neraka. Dan ibu di bawa ke neraka untuk melihat akan keperitan hidupan wanita di sana supaya menjadi pelajaran.
Insya Allah. Akan ku pegang pengalaman ini , akan ku bina semula bangunan-bangunan yang baru agar ia tersergam indah sekali lagi. Dan tidak akan aku sia-sia kan ia dengan dosa-dosa ku kelak.
Wahai Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani. Ampunilah dosa-dosa ku. Jadilah aku wanita yang suci dan mulia di sisi Mu. Aku telah melihat dan aku takut akan azab siksa neraka mu.