Subscribe to Subscribe to 's comments

Archive for the ‘Jalan Hakikat’ category

Stairway to Heaven

April 2020

Barangkali kita pernah mendengar tentang ‘tangga’ yang tinggi menuju ke puncak langit. Stairway to heaven. Mungkin sebahagian kamu merasakan ‘tangga’ ke syurga tidak wujud atau seperti cerita dongeng. Namun alam ghaib itu wujud sehingga kamu tidak terfikirkan kewujudannya.

Tahun 2020, seakan tahun yang membuka hijab separa sedar ku kembali setelah beberapa tahun menyepi.

Malam itu bersama beberapa teman lain, mereka melihat sesuatu di langit seakan ruh melayang-layang lalu menjerit hantu, hantu. Aku mengamati hantu tersebut. Ternyata mataku melihat sebaliknya. Didalam kegelapan malam, seorang manusia sedang menaiki anak-anak tangga menuju ke langit. Dipikul beg yang agak besar di bahunya sambil melangkah kaki-kakinya menaiki tangga. Aku melihat beberapa anak tangga di depan, di belakangnya. Beg di pikulnya di bahu agak panjang namun tidak kelihatan berat.  Semakin lama semakin jauh dan tinggi dia mendaki tangga.

Lalu aku menghurai apa yang ku lihat oleh mata hati ku kepada teman-teman. Kataku, oh tu adalah ruh lelaki yang beriman, dirinya bercahaya putih sehingga aku dapat melihat dia menaiki tangga ke langit. Dia bukan sedang melayang-layang seperti hantu. Itu tangga-tangganya yang di pijak. Ruh itu sedang memikul amalannya sendiri (beg) untuk diserahkan.

Aku tersedar dari tidur sambil tersenyum memikirkan bijaknya saat aku menghurai mimpi walau ia cuma di alam mimpi. Ternyata mimpi juga bukan sesuatu yang boleh di kawal minda di bawah sedar.  Nah, manusia mempunyi mata hati yang berbeda. Mereka melihat hantu namun aku melihat ruh yang beriman (righteous soul).

Stairway to heaven adalah mimpi yang benar. Bejuta-juta anak tangga menuju ke langit terbuka sebagai laluan untuk ruh wali suci kembali. Disini lah laluan ruh yang sudah meninggal dunia akan mendaki tangga menuju destinasi masing-masing. Namun bagiku mungkin bukan satu portal laluan untuk ke alam barzakh/ghaib, bergantung lah kepada tingkat dan makam manusia itu sendiri. Pernah aku bermimpi dulu berada di sebuah stesen setelah mati yakni setelah ruh berpisah dari jasad. Suasana nya berbeda kerana ramai manusia disitu dan aku menunggu kenderaan untuk di jemput.

Petunjuk ini adalah sebuah ilmu pengetahuan tentang portal laluan ke alam barzakh yang mungkin anda sudah mengetahuinya namun tika menyaksikan sendiri ia memberi keyakinan yang kuat tentang kejadian setelah mati dan kemana mereka akan di bawa.

Tahun 2020 membuka tirai dengan seribu misteri. Angin yang membawa wabak penyakit aneh menimpa manusia di akhir zaman. Peringatan dari Allah bahawa Janji Tuhan tentang hari kiamat itu adalah benar dan Dia tidak akan mungkir janji. Teringat akan peristiwa mimpi ku dulu ditahun 2008 tentang yakjuj makjuj, di malam darurat yang huru hara. Mereka keluar dari bumi mencuri makanan kerana kesempitan hidup di saat darurat. Aku bertemu Iskandar Zulkarnain dan dia menyelamatkan ku dari kekacauan di malam itu. Mungkin saja #covid19 dan perintah berkurung akan membawa manusia kearah itu? Bencana. Yakjuj dan Makjuj sudah pon keluar dari muka bumi. Takutlah wahai manusia dengan azab nya Allah. Jika dia ingin mematikan kamu, hanya dengan sekelip mata.

Bukan kah kamu mencari tanda-tanda wujudnya yakjuj makjuj?

Apakah kamu juga masih mencari Imam Mahdi dan Isa Al Maseh? Jika sekalipun Allah yang turun ke bumi kamu masih seperti kaum jahiliah yang membenci kehadiran Nya dan kamu yang menjatuhkan hukuman keatas Nya. Kamu kira kamu manusia beruntung dengan agama yang kamu sandang sekarang?

Mana pemerhatianmu tentang kehadiran Allah? Kamu kira Allah akan membawa khabar lama dari kitab-kitab dan hadis-hadis yang kamu hafal? Kamu kira kamu menyandang pangkat nabi untuk berdakwah tentang kitab-kitab lama? Bukankah Dia menyuruh kamu mencari-Nya? Mana petunjuk mu? Apakah kamu kira dengan berdakwah dan berucap sana sini, digereja dimasjid kamu bisa membuka hijab akal fikir manusia? Ayuh, lihat dirimu sendiri dan apa yang ada di dadamu.

Lalu Allah menurunkanazab-Nya melalui wabak corona, bertempiaran manusia ketakutan bersembunyi dirumah. Tidak ada dakwah di gereja atau masjid melebihi 40 hari. Apa pemerhatianmu tentang ini? Mekah sunyi. Vatican sunyi. Masjid sunyi. Gereja sunyi. Berbicaralah kamu dengan dirimu sendiri wahai manusia. Kembali beramal di alam sunyi. Jauhkan keegoan dan riak mu dengan jubah , serban yang berat. Rahsia ketuhanan itu ada di dalam mu sendiri. Rahsia ilmuan Allah juga tersimpan di dalam kalbumu. Bukan di masjid. Bukan di gereja.

Bersunyilah kamu mencari Allah kerana diakhir zaman ini, jika sekalipun Isa Al maseh turun ke bumi, baginda tidak akan membawa agama mu. Dia adalah pemimpin semua agama Allah. Masakan ISA hanya membetulkan satu agama dan menidakkan yang lain? Usah lah kamu berselisih faham tentang agama siapa yang benar dan berdebat bahwa kamu orang yang beruntung, kerana untungnya seseorang itu, apabila Dia yang menghubungi kamu melalui mimpi dan petunjuk.

Haruskah pegangan mu tentang kaum terdahulu begitu utuh sedangkan peganganmu tentang mimpi dan petunjukmu TIDAK seutuh itu?

Apakah itu petanda bahwa kamu tidak percaya akan diri mu sendiri? Apabila kamu menyaksi petunjuk nyata, keyakinan mu berlipat ganda. YAKIN. Allah akan membuka hijab akal fikir mu. Dimana letaknya ilmu pengetahuan jika bukan di akal fikiran mu sendiri? Bisa kah ilmu itu tersimpan semuanya di kitab? Bagaimana dengan kalbumu?

kerana agama dan ilmu itu berasal dari alam ghaib, alam nan sunyi lalu dikirimakn kedunia melalui orang suci (nabi) untuk membimbing manusia. Kitab suci itu pelita untuk melihat kebenaran bukan untuk di baca. Ilmu sebenar ada di dadamu, wahai sang peribadi! ilmu yang kamu perolehi dari kitab suci adalah ilmu pantulan. Kenapa harus kamu takuti ilmu yang lahir dari jiwa mu sendiri? Kamu menafikan diri mu yang sudah menerima ilmu Allah tapi masih memegang apa yang di katakan 1000 tahun dahulu? Sungguh kamu sudah kehilangan haqqul yaqin. Kamu kehilangan jati diri dari ilmu yang wujud tersembunyi di kedalaman jiwa mu sendiri.

August 2016

Malam yang pendek namun cukup untuk mencetuskan mimpi yang terang. Tersedar jam 2.30 am hanya terlelap lebih kurang sejam setengah. Inilah cerita perihal zikir Hu Allah yang ingin ibunda sampaikan.

Aku bermimpi melihat mayat seorang wanita di atas pelantar kuburan. Lengkap berpakaian. Wanita yang sudah mati itu tiba-tiba di kejutkan dan terjaga dari mati. Dia melihat ku berada di sana lalu mengikuti ku atau seperti mengejarku. Aku berkata, ” kenapa mayat ini di biarkan tidak di gali dan di tanam?, bukankah iblis boleh menghidupkan dia kerana ruh sudah di angkat Allah.

Ada seseorang bersamaku dan dia menjawab, ” cuba lihat mayat ini hidup…. tapi dia tidak punya ILMU pengetahuan”..

Kemudian ada seorang wanita menghampiriku…seperti ku kenal rapat lalu dia berkata, ” Ingatlah….jasad ini boleh di jilati api selagi penampilan mu masih Bergaya….pakailah pakaian yang kamu TIDAK terasa memakainya….iaitu pakaian yang TIDAK BERGAYA.”

MasyaAllah…sungguh dalam ilmu ini…tidak terfikir oleh ku tentang GAYA yang bisa membinasakan. Juga tentang manusia yang hidup tiada berilmu…seperti mayat diumpamakan..

Pada malamnya sebelum ku tidur ibunda mengalunkan zikir nafas Hu Allah selepas isyak. malam yang sepi bisa lebih kosentrasi lalu nafasku di sambung saat tidur jam 1.00 pagi. ketika itu hati ini sungguh ingin pertemuan dengan ghoib Tuhanku…sudah lama tiada mimpi yang jelas dan aku sungguh mengharapkan pertemuan itu. namun apa daya ku…mimpi tidak bisa di harap-harap…

Sang guru arifinbillah pernah mengkhabarkan tentang kelebihan zikir Hu Allah. Pesannya, jika mu zikir Hu Allah…. kamu sudah menambahkan Hu didepan Allah..lalu zikir ini akan menjadi sedikit berat jika di amalkan. Beratnya kerana zikir ini menghidupkan jasad Adam yang terbujur kaku di padang pasir. Dengan nafas Hu Allah ia bisa menghidupkan jasad dan apa-apa di bumi dan tanah. Namun zikir ini tidaklah seringan zikir Allah, Allah….yang kelebihannya bukan di bumi namun di langit.

MasyaAllah..memang benar kata Sang Guru. Aku seperti budak yang mentah tidak mengerti apa yang di maksudkan…

Dengan nafas Hu Allah…mimpi mengajarku tentang jasad yang hidup bersama Ruh Allah adalah jasad yang berilmu pengetahuan…Disinilah…Hu Allah menghidupkan aku yang lama kehilangan petunjuk. Manusia menjadi arif dengan ilmu petunjuk dan ilmu rasa.

Apakah ada manusia yang terfikir jika gaya mu yang berlebihan bisa menjadi satu masalah ? atau adakah kamu terfikir jika jasad yang tiada ILMU itu sebnarnya adalah mayat hidup?

Ya Allah…ampuni ku Tuhan. Kerana kesombongan ku ketika berpakaian dan bergaya. Ketika aku mendapat pujian dengan pakaian….dan ketika aku kelihatan berkarisma dan anggun dengan pakaian. Aku berlindung dengan Tuhan Yang Maha Belas Kasih dari sambaran api ke atas jasadku zahir dan batin. semoga Tuhan mengampuniku. Amin.

Ramadhan 2016

Didalam mimpi yang lepas, Ibunda ada menceritakan tentang mimpi-ku melihat huruf-huruf hijayah yang berselerak di kaki langit, berwarna tembaga. Entah apa maksudnya dan rahsia huruf hijayyah sehingga aku menyebut-nyebut Allah Maha Kuasa, Allah Maha Kuasa sehingga terjaga. Sehingga saat ku menulis, masih tidak ku mengerti rahsia huruf hijayyah.

Di bulan Ramadhan 2016, ketika ibu merenung ayat-ayat Maryam, dan terlihat pembukaan huruf-huruf hijaiyah, hati ini melihat dan menyambung semula mimpi ku saat bertemu Bonda Maryam , ketika ku melihat rantai di leher Bonda Maryam  mempunyai  5 nombor. Sungguh aku tidak pasti apa maksud nombor-nombor itu, apakah ia sejenis kod atau mempunyai maksud seperti ‘kaf ha ya ain shod’?

Masya Allah. Apakah kekuasaan Allah yang ingin di sampaikan? Sungguh aku tidak memahaminya sehingga kini. Ya Allah, bukakan penglihatan ghoib ku agar mata hati ku lebih tajam. Buka lah tirai yang menutup penglihatan ku, sungguh aku tidak mengerti maksudnya.

Segala puji bagi Allah yang telah meletakkan pada huruf-huruf berbagai rahasia yang tidak ada bandingannya. Dan mewakilkan kepada huruf hurufnya para malaikat. Maka bagi mereka yang terpilih, terbukalah permadani untuk mengetahui apa-apa dengan izin Allah, dari keajaiban-keajaiban kerajaannya-Nya.

Setiap kali Allah berfirman dengan huruf hijaiyah, Allah akan menyatakan bahwa ini adalah ayat-ayat kitab yang jelas dan nyata bagi mereka yang bertaqwa. Ayat-ayat itu kemudian akan di iringi oleh nama-Nya Ar-Rahman Tuhan langit dan bumi….kemudian seterusnya ayat-ayat itu menceritakan kisah para rasul , nabi dan kaum terdahulu…terus menyambung dari kesinambungan lama kepada Muhammad.

Renungi ayat-ayat yang agak sama  di dalam Al Baqarah, Maryam, Imran, AsSyura, Thaha, Qaaf, Al Araaf, Nun kecuali Yassin ada sedikit kelainan dalam ayat-ayat-Nya di mana ia  penuh dgn peringatan.

Alif, Lam, Mim, Ha, Ra, Kaf, Ha, Ya, Ayn, Sin, Qaf, Sad, Ta and Nun.

The Quran has knowledge of everything and the knowledge of the Quran is in the Huroof which are the letters in the beginning of the chapters. No one knows them except Hakims of the ummah.

Everything has a secret, and every secret has a key, and the key to Bismillah ar-Rahman ar-Raheem.

Begitulah bermulanya amalan ku, dengan zikir Bismillah ar-Rahman ar-Raheem. Zikir Bismillah walau beribu kali tulus ikhlas di amal dalam setiap solat, ya paling susah untuk memberi tanda. Zikir Bismillah tidak memberi sebarang petanda dan kadang-kadang Ibunda berputus asa… lalu kembali berzikir Allah dan zikir-zikir yang lain-nya kerna zikir yang lain itu mudah meresap dan menurunkan mimpi dan petanda untuk ku fahami ilmu hakikat dan makrifat diri.

Namun jauh di sudut hatiku, zikir Bismillah adalah yang teragung dan IBU segala zikir.

Ianya adalah nama Allah yang terpahat di 4-tiang arasy. Aku pasti amalan ku dengan Bismillah ar-Rahman ar-Raheem akan membawa kemakrifatan jauh ke langit sehingga tiada petanda di bumi. Biarlah tiada petanda di dunia ini….mungkin Allah akan menurunkan wahyu pada waktu dan masa yang Dia tetapkan. Sungguh aku akan menunggu saat itu Ya Allah.. tidak akan ku berputus asa dalam beramal dan mendekatkan diri dengan mu di setiap malam.

Jadikan lah diri ini wanita terbanyak mengucapkan Bismillah ar-Rahman ar-Raheem di bumi-Mu. Aku ingin mengalahkan bidadari mu yang sentiasa berzikir di langit dan aku ingin berdiri hampir dengan kursi-Mu.

Selamat Datang

Log in

Lost your password?