Subscribe to Subscribe to 's comments

Archive for the ‘Jalan Ihsan dan Kunci Zuhud’ category

Ibunda merenung kata-kata Ayahanda guru  10 tahun yang lalu tentang rahsia dua surah dan dua golongan manusia yang amalan nya sampai kepada Allah Sang Pencipta  yang Maha Kuasa. Ketika di saat diri ini menghampiri suatu jalan yang lain berbeda dari jalan sebelumnya….ibunda semakin memahami ilmu yang pernah di sampaikan dulu…

DUA surah yang diturunkan Allah di dalam Al Quran, antara surah terakhir tentang MANUSIA rupanya adalah ilmunya yang tidak terjangkau akal fikir…tidak bisa di fahami tanpa melalui petunjuk.

Dua golongan manusia ini …yang berdiri kepercayaan mereka di atas DUA jalan yang berbeda namun kuasa Allah kedua mereka memiliki makam yang tinggi diantara kerajaan Allah….dan tidak dapat kamu fahami tanpa keikhlasan..ketahuilah tidak habis  pena qalam allah ditulis walau habis lautan tinta di guna…ilmu Nya maha luas dan Allah tidak meletakkan had didalam qalam Nya.

Lihatlah dengan sir mu yang paling ikhlas…

Satu golongan manusia beriman yang taat dan patuh kepada Tuhan manusia Raja Manusia Sembahan manusia yang berdiri atas dalil An-Nas.

Dan segolongan lg manusia yg beriman dengan jalan berserah diri kpd Allah, Tuhan yang Esa yg tiada sesuatu menyerupaiNya. Berimankan dalil al-ikhlas yg menjadi pegangan hidup.

Inilah DUA surah yang agung..surah terakhir di dalam al quran.…menceritakan tentang DUA jalan… DUA golongan manusia beriman dari zaman dulu hingga akhir zaman. Dua ayat pertolongan ini merupakan jalan bagi mereka yang sampai. Ternyata ramai manusia menceritakan tentang hikmah dunia dari amalan ayat ini..namun hikmah akhirat tidak di ungkap lanjut maksudnya.

Inilah yang ibunda akan selitkan disini walau tidak seperti yang engkau fikirkan namun ketahuilah sesungguhnya ilmu Allah luas tiada bertepian.

Dan ketahuilah kamu, diantara mereka yang beriman ini ada yang  berpegang pada talian jalan An-nas, akan menemui Sang Isa, di akhir zaman. Ikuti-Nya Kerana DIA-lah jalan yang LURUS.

Dan mereka yang berdiri teguh  mentauhidkan Allah semata dan berserah diri tiada yang lain selain Allah ….diatas talian jalan Al-Ikhlas, Petunjuk yang mereka temui adalah jalan yang LURUS.

Sungguh Allah maha Kuasa.
Menurunkan ilmu yang tidak ku fahami…
Ketika ku berjalan diantara kedua jalan ini…barulah ku fahami artinya…ketika ku menjalaninya…saat bertemu sang raja…..saat roh berjaga dan  tidak tidur…saat ku ditimpa kesusahan …ketika ku difitnah lalu bersabar dan merendah diri…ketika nyawaku di ugut mereka..ketika amalan ku jatuh dan naik…aku melalui kedua dua jalan ini…

Sungguh sebaknya hati….
Kerana mungkin hanya aku seorang saja di bumi yang mengetahui atau engkau sudah mengetahuinya sblm aku? ….
Apakah engkau fahaminya seperti ku?
Apakah ayat ayat Allah yg engkau tafsir dan hafal tanpa merenunginya? .. tidakkah kau tahu andai an-nas adalah sebuah JALAN?

Di mana Raja mu? Apakah tika kau mendawamkan ayat Allah yang menjadi perisai hidup dan pegangan mu…..seperti rasa ada sesuatu  pertolongan ghaib dari langit?
Bukankah syed abdul qadir jilani juga mendawamkan kedekatannya kepada Sang Raja? Bukankah Jilani yang engkau kenal….adalah penghulu wali suci…yang mengajarmu tentang kalimah ayat ayat allah? An-nas itu adalah dalil sebuah jalan kedekatan para Sang wali suci…

Raja mu adalah jalan yang lurus.
Dia lah Sang Raja,  Sang Musa kalamullah, Sang Isa ruhullah..roh qudus yang mengajari mu rahsia makrifat Allah. Ikuti Nya TaatiNya…kerna Dia memiliki kerajaan dan berkuasa keatas amalanmu.

…dan wahai kamu segolongan lagi..
Ketika kamu tiada punya apa apa kelebihan, bukan golongan ahli kitab, namamu sepi di bumi, engkau yatim piatu, pemimpinmu adalah Allah amalan mu rahsia. …dan tika sakitmu susahmu…tiada ayat yang dapat menyembuhkan selain lahaulawalla quwatta illa billah... engkau tidak meminta pertolongan selain berserah diri kpd Allah…itulah iman dan pegangan mu….tiada ayat di badanmu tiada huruf di selendangmu…dan tahukah, engkau sedang berjalan diatas  jalan apa?

Itulah jalan wali allah…jalan berserah diri kpd Allah..jalan nabi ibrahim, jalan nabi muhammad rasulullah.. Wajib bagimu bertemu ‘petunjuk’ kerna Petunjuk Jalan yg Lurus. Ini lah jalan yg sukar…kerna TANPA petunjuk engkau terputus perhubungan..

Dan diantara dua golongan ini akan ada dua golongan lain….golongan kanan dan golongan terdahulu (wassabiqun nassabiqun).

Andai apa yang ibunda sampaikan ini tidak sampai ke pengetahuan akal fikir mu…usah lah kamu bertanya…kerna huraian ini belum menjadi saksi dari amalan mu..

 

Mimpi Tentang Kematianku 

11 May 2015

Malam itu selepas zikir yang panjang, ibu sempat berdoa sambil menadah tangan. Malam itu aku berdoa yang doanya diselit selit antara zikir dan diam diri sehingga mengalir air mataku. Ku takut kemarahan Tuhan, ku takut tidak di redhai-Nya. Doa didalam hati, kerna mulutku memang terkunci untuk berkata-kata apalagi meminta-minta. Malu untuk berdoa yang bukan-bukan, selalu hatiku tidak membenarkan kerana prinsip hidup ku, redha dan pasrah…

Ku tutup solat dengan alkahfi, ‘…dan sungguh aku mengharapkan pertemuan dengan Mu… dan sungguh aku tidak menyekutukan-Mu…..lalu ku tiup doa …..Maha Suci Maha Qudus Rabb Tuhan ku, malaikat dan ruh’…dan berdiam diri, menghantar amalan ke lauhul mahfuz…

… Mimpi yg panjang membuatku terkejut jam 5 pagi. suasana seperti sedang berjihad….dalam perjuangan menegakkan kebenaran, diri ini di buru dan mereka mau menghapus ku ketika saja mendengar nama ku…

ibu didalam sebuah rumah, seorang lelaki berbadan gempal berjaya menyerbu dan melepaskan tembakan kearah ku. Diri ini rebah….sambil melutut aku merasakan peluru itu menembusi dada ku dari belakang. Tulang belakang terasa sejuk teramat dan seluruh tubuh lemah gemalai. Mata tidak bergerak lagi namun didepan ku cuma ada sebuah pandangan. Pandangan kosong yang tidak bergerak. Hati berkata apakah aku sedang di ambang kematian?

Terdengar suara arwah bonda berada di sebelahku. Bonda ku yang sudah meninggal dunia datang ….lalu memegang kepalaku  dan berkata, ‘keluarlah ruh dari jasad dan kembalilah engkau kepada Allah’….kemudian Mata ku tertutup rapat,  pandangan menjadi gelap …masya allah.

Ya allah aku sudah mati, hati berkata. Ntah berapa lama aku berada dalam pandangan yang GELAP. Ketika sedar aku berada di sebuah PERHENTIAN. Stesen….Ramai manusia sedang menunggu. Ntah apa yang mereka tunggu, mungkin bas, atau keretapi atau helicopter? Manusia tiada membawa sebarang beg termasuk lah aku. Hanya sehelai sepinggang. Ibu  seperti di iringi oleh seseorang, tidak dapat melihat wajahnya.

Kami pergi ke sebuah bilik kaunter untuk pertanyaan. Aku memberi kan nama pendek ku. Lelaki di bilik kaunter meminta nama penuh ku dan setelah itu dia terus menelefon. Kemudian dia memberi ku sebuah kad, yang tertulis destinasi ku… Ibu melihat seperti kenderaan terapung datang mengambil seorang wanita lalu aku bertanya kepada lelaki di kaunter, kemanakah wanita itu akan di hantar. Dia berkata di kawasan sejuk di selatan. Lalu kenderaan terapung datang mengambilku. Agak cepat diri ini di jemput berbanding ramai manusia lain yang sedang menunggu.

Aku akan di hantar ke sebuah perkampungan, begitulah yang di bisikkan oleh lelaki tadi. Perkampungan? …..Benarlah seperti apa Ayahanda guru ku pernah beritakan. Perkampungan untuk mereka yang mati tiada seksaan, akan di himpunkan di sebuah perkampungan. Perkampungan ini  terletak seperti kedudukan jari telunjuk mengangkat shahadah. Namun perkampungan ini masih di dunia, bukan di syurga..Ia terletak dipersimpangan antara dua Jalan. Jalan tertunjuk ke atas adalah ke syurga dan Jalan yang tertunjuk ke bawah adalah ke neraka.

Sangat berhampiran syurga firdaus.Apakah disini tempat ku nanti ya Allah?

Hati ini terasa seperti tidak mau di hantar ke perkampungan.Benarkan diri ini berkhidmat dengan-Mu. Benarkan aku bertugas di bawah panji bendera rasul dan malaikat Mu…

Ya Allah. Mengalir airmata ku. Di saat ini aku harus menerima takdir ku setakat ini.

Namun aku harus bersyukur kerna ku lebih mengetahui kedudukan ku dari mereka yang lain. Sekurang-kurangnya diri ini tidak menunggu di stesen untuk selama lamanya… Aku harus bersyukur kerna tidak di hantar ke neraka.Aku juga harus bersyukur kerna tidak menjadi penunggu bumi…

 

Mimpi tentang Hari KematianMei 2014

Ia adalah sebuah dialog perbualan tentang hari kematianku. Di bulan Mei tahun 2014. Ibunda menulis mimpi ini untuk tatapan anak cucu ku. Andai ia benar, maka benarlah apa yang di kata, andai tiada benar, benar juga apa yang di kata. Kerna mimpi ini adalah simbolis, erti kematian juga membawa erti sebuah perjalanan yang baru.

Ibu sedang berdialog dengan seseorang….mungkin Dia adalah diri ku atau malaikat, atau mungkin penjaga ku.

kata ku,  “khabarkan kepada ku tentang hari kematian ku, supaya diri ini tahu dan bersiap sedia”. “…katakan pada ku bila hari kematian ku?”.

Kata Dia, “ kamu mati muda, lebih awal dari teman-teman mu, dan usia mati mu 59 tahun

Kata Ibu, “ bagaimana dengan anak ku?”, tiba-tiba soalan ini yang ku tanyai dulu.

Kata Dia, “ jangan risau hal anak mu, dia akan di jaga”.

Kata Ibu, “ kenapa ku mati muda?”

Kata Dia, “mati mu kerana sakit, yang disebabkan oleh jangkitan”.

Kata Ibu, “ mati sakit?” “apakah tika ku sakit, diri ini tahu bahawa aku akan mati?”

Kata Dia, “Ya , mu  tahu dirimu akan mati ” ……sambil merenung jauh… Lalu seperti ada tayangan video yang mempamerkan diri ku sendiri terrlantar sakit di atas sebuah katil….mungkin di hospital. Masih muda lagi tika ku menemui ajal… Allahu Akbar.

Kemudian ada seorang wanita mengambil token bulat seperti wang syiling yang besar dan meletakkan ia di dalam sebuah rak bulat bersama token-token yang sudah meninggal dunia. Dia menyelitkan token ku di sana. Lalu diri ini terkejut dari tidur sebelum subuh. Allahu Akbar.

Ini lah jawapan terpenting yang ingin ku dengar, iaitu hari kematian ku. Ya Allah, diri ini redha andai ku harus pergi meninggalkan dunia sebelum usia 60. Jangan Kau panjangkan umur ku lagi. Cukup lah usia ini bagi ku. Tiada cita-cita untuk memiliki dunia dan segala isi nya. Permudah kan kematian bagi ku…

Kunci ZUHUD

(Julai 2012)

zuhudIbu bermimpi tentang suatu peristiwa yang juga menceritakan tentang mereka yang menjadi kekasih Tuhan dan erti zuhud. Begitu simbolis mimpi dan Jalan ceritanya membawa makna yang dalam buat ibu.

Ibu berada di sebuah upacara pengkebumian beberapa mayat. Ia seperti berada di sebuah padang atau tanah perkuburan. Ibu berdiri di belakang imam yang mengkafankan mayat-mayat tersebut. Kelihatan semua mayat itu bagus-bagus belaka, tiada cacat celanya.

Sedang satu persatu mayat-mayat itu di kafankan oleh sang imam, ada satu mayat terakhir tiba-tiba kelihatan tidak menyerupai manusia. Ia kelihatan sangat teruk mereput dan kelihatan hina. Lalu sang imam meninggalkan mayat itu tanpa alasan. Ibu yang melihat mayat tersebut terpinga-pinga kerana orang ramai turut meninggalkan mayat tersebut.

Apakah ini bukan mayat yang baik di sisi Allah?

Itulah yang bermain di fikiran ibu ketika itu. Siapa yang mahu mengkafankan mayat ini?

Tiba-tiba suara seorang lelaki menerpa memberi satu arahan kepada ibu.

Suara itu berkata, ‘hadapkan mayat itu ke arah kiblat’. Ibu tersentak, menoleh-noleh ke kiri dan kanan mencari suara tersebut, sambil memikir jika ada orang lain yang boleh mendengar sama.

Lalu hati ku berkata, ‘Itu adalah suara malaikat. Alhamdulillah, ada juga malaikat yang mahu berbicara dengan ku, sedang orang lain tidak mendengarnya’.

Ibu alaskan tempat mayat dan mengangkat ia serta  menghadap mayat itu ke arah kiblat.

Suara malaikat bergema lagi, ‘Dia ini adalah manusia zuhud kepada dunia’.

Selepas kata-kata itu, tiba-tiba datang kepulan angin yang kuat. Kepulan angin ini seperti ribut taufan yang menyergah kearah kami. Tergamam seketika.

Sejurus angin itu berhenti, mayat tersebut memercikkan darah merah keluar dari tubuh nya yang telah mereput itu. Darah itu mengalir dan percikannya terkena ibu, sedangkan tiada sesiapa pun yang duduk berhampiran mayat tersebut.

Kemudian mimpi bersambungan di suatu tempat yang lain.

Ibu seperti berada di sebuah kawasan ruang pejabat atau bilik yang luas dan entah bagaimana ada sebuah papan tanda (skrin) yang besar di dinding bilik tersebut.

Tiba-tiba datang kepulan angin yang kuat. Angin itu menyergah ke arah papan tanda (skrin) tersebut lalu menghidupkannya. Ibu melihat skrin besar itu hidup kerna ia tiba-tiba memaparkan cerita tentang HARI KIAMAT. Ibu membaca pantas kerna tayangan video itu pantas memutarkan berita-berita tentang tanda-tanda kiamat. Baca dengan penuh minat dan kesungguhan.

Tiba-tiba, beberapa wanita berjalan melalui ruangan bilik tersebut. Lalu Ibu tunjuki papan tanda tersebu dan berkata , ‘cik tengok papan tanda ini, ada maklumat tentang hari kiamat. Ini berita penting yang datang dari Isa mu, bacalah!’.

Mereka berdua menoleh melihat papan tanda tersebut dan cuma tersenyum saja, lalu pergi. Mereka tidak baca!. Dan wajah mereka seperi tidak kisah dan tidak penting langsung buat mengetahui.

Ibu berkata lagi, ‘bacalah , ia adalah berita benar dari Tuhan kamu’.

Namun mereka tetap pergi dari situ tanpa membacanya.

Ibu agak kecewa melihat manusia tiada mahu ambil peduli tentang berita penting dari Tuhan, apatah lagi berita tentang hari Kiamat!.

Namun papan tanda tersebut lebih lagi kecewa dari ibu. Berita yang di tayang oleh papan tanda itu seperti terputus-putus Bagaimana ia boleh merasai seperti manusia yang hidup. Dia menulis, ‘aku benci, manusia tidak pernah ada keikhlasan’.

Tiba-tiba gambar dan tulisan itu menjadi kembang-kembang dan pudar semakin menghilang satu persatu dari skrin tersebut. Ibu menjadi panik.

Lantas berteriak dan menangis didepan skrin besar tersebut sambil berkata, ‘jangan pergi, jangan pergi, saya percaya apa pun yang kamu khabarkan. Saya ikhlas dan tidak akan menyia-nyiakan maklumat ini, tolong lah jangan hilang’.

Dengan teresak-esak, ibu terjaga dari tidur. Masya Allah.

Aduh, sehingga sedar pun masih menangis teresak-esak. Betapa mimpi ini begitu sayu. Walaupun sudah terjaga airmata masih mengalir dan sebak didada pabila teringatkan papan tanda (skrin besar) tersebut.

Sedih dan pilu hati seakan-akan ibu berkomunikasi dengan manusia sedangkan itu hanyalah sebuah papan tanda yang hidup.

Mimpi ini begitu simbolis yang membawa maksud yang dalam. Ia tentang kebenaran Tuhan yang di sampaikan oleh kaum yang beriman namun manusia tidak mempedulikan. Melihat tetapi hati dan mata mereka sudah tertutup rapat. Mimpi ini juga tentang mereka yang di pandang hina oleh manusia namun sangat mulia di sisi Tuhan.

Ibu tidak pernah ambil pusing tentang arti ZUHUD. Namun setelah bermimpi zuhud, ibu cuba mencari maksudnya zuhud. Mungkin zuhud memberi makna supaya ibu meletakkan perjuangan dalam menyebarkan kebenaran harus melebihi dari jatuh terpesona kepada keindahan dunia serta kekayaan yang dikurniakan kepada ibu. Sehinggakan dunia ini tidak memudaratkan perjalanan ibu mencari kebenaran dan tidak di tarik oleh kelalaian. Sehinggakan harta ini tidak memberi makna dalam kehidupan ibu selain ianya peninggalan untuk anak yatim. Tidak harus gah dengan kekayaan seandainya wang ringgit tidak salurkan kepada Jalan kebenaran.

Namun masih terselit sedikit kepelikan di setiap mimpi ibu. Ibu akan menyebut Isa dan kitab Injil. Masya Allah. Inilah petunjuk benar yang akan menemukan aku dengan raja-raja yang berkuasa di langit.

Makam Ihsan

(Tahun 2011)

tangga2Ketika itu ibu ingin sekali untuk memiliki seorang zuriat, entah bagaimana keinginan ibu ini seperti didengari malaikat. Suatu hari ibu bermimpi diberi sepotong ayat pendek yang berbunyi;

“Hal jaza ul ihsani ilallihsan”.

Suara yang membaca ayat ini seakan memberitahu tentang ‘ihsan’ yang perlu dibaiki sekiranya ibu mengingini sesuatu berharga seperti zuriat.

Jika sepintas lalu terjemahan mimpi tersebut, ayat ini umpama ayat sakti yang membolehkan ibu mengandung. Namun ibu rasa ‘ihsan’ ini ada membawa maksud yang lain.

Lalu ibu mencari ayat ihsan tersebut di dalam Al–Quran namun tidak ketemu sebarang petanda. Mungkin tidak halusi mencari atau tidak ada kesempatan untuk bertanya guru.

Agak sudah beberapa bulan berlalu, suatu hari ibu membaca surah Ar-Rahman. Seperti biasa bacaan ibu agak laju dan kadang-kadang tidak terperasan akan ayat ini. Terkejut pabila telinga sendiri mendengar perkataan ihsan di akhir ayat tersebut. Masya Allah. Rupanya ia di dalam surah Ar Rahman.

Ayatnya bermaksud; Tiada balasan kebaikan tanpa kebaikan’.

Ibu terdiam. Apakah mungkin ibu kurang kebaikan?. Maka itu, ibu tidak beroleh zuriat yang sangat di ingini oleh setiap wanita dalam kehidupan ini?

Namun jika di tafsir lagi, ‘zuriat’ yang diingini ini sangat simbolis. Mungkinkah sesuatu yang berharga itu bukan maksudnya zuriat? Apakah ia bermaksud SYURGA?

Ibu membaca terjemahan ayat tersebut dan bila ia diturunkan. Rupanya itu adalah ayat terakhir diturunkan berkaitan Syurga Muqarrabin. Ayat penutup bagi mereka yang memasuki syurga ini.  Syurga Muqarrabin menceritakan tentang bidadari-bidadari yang suci seperti permata dan mutiara. Dan hanya untuk mereka yang mencapai makam ‘ihsan’ dan membuat kebaikan. Subhanallah.

Ibu termenung. Sungguh keagungan Tuhan itu terserlah. Ia meniup satu ilmu supaya ibu mengkaji maksudnya. Zuriat  bukanlah sesuatu berharga yang dimaksudkan di dalam mimpi. Rupanya ia adalah sebuah SYURGA dan ia adalah ‘Syurga Muqarrabin’.

Ya Allah, tunjuki ku Jalan ke Syurga Muqarrabin Mu. Agar aku dapat sampai berhampiran Mu.  Amin.

Selamat Datang

Log in

Lost your password?