Subscribe to Subscribe to 's comments

Archive for the ‘Mimpi Arwah Bonda’ category

Tahun 2019 membawa khabar duka buat ku dengan pemergian ayahanda tersayang.

Pemergian beliau memberi ku suatu petanda besar tentang keagungan Allah. Saat pengakhiran bapa, Tuhan telah memilihku diantara tujuh anak yang lain untuk membawa nya pulang kerahmatullah. Namun aku belum menyedari tentang itu. Asbab mengambilnya dari kampong dengan niat menjaga bapa sehingga ke penghujung nyawa rupanya menjadi kenyataan. Sungguh Allah tidak membebanku langsung untuk menjaga seorang tua (85 years) kerana hanya sehari dia dirumah ku, lalu terjatuh dan patah tulang pinggulnya. Allahu, itu adalah hari-hari terakhirnya bersama ku.

Surah Yassin yang ku hafal menjadi zikirku setiap hari, buat dia yang tersayang. Tiga minggu berzikir menghantarnya pulang sedangkan waktu itu tidak ada pengetahuan tentang kematiannya. Indahnya kematian bapa. Untungnya bapa kerana anaknya sendiri tidak tahu itu adalah hari-hari terakhir bapa. Jika ku tahu, pasti aku akan berdoa untuk panjangkan usia bapa. Kalimah Yassin di hembus di dada, telinga dan seluruh tubuh bapa setiap malam merupakan petanda yang nyata bahwa Allah telah memilih cara kematian terbaik buat bapa.

Bagaimana pula dengan sakaratul maut ku nanti?…siapakah antara anak ku yang akan menghantar ku pulang dengan Bismillah dan Yassin? Tiba-tiba hati ini menjadi sedih…Ya Allah, jika tiada siapa yang menghantar ku dengan Bismillah, kirimkan malaikat membaca Bismillah di saat kematian ku sepertimana aku menghantar bapa dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Lembut saat akhir nyawa bapa dicabut..hanya dengan belas kasihnya Allah…hanya dengan kalimah Bismillah, sehingga tiada siapa yang tahu kapan saatnya pergi. Di depan mataku tidak ada satu ombak nafas atau kerdipan mata kesakitan yang di rasai nya. Dia pergi sekelip mata.

Yang pasti, beberapa jam sebelum pemergiannya, aku disisi bapa dengan zikir Bismillah. Aku melihat tangannya jatuh, hidungnya jatuh dan nafas di tenggorokan. Aku mengikuti lambatnya nafas yang keluar dari mulutnya lalu menghembus bismillahirrahmanirrahim dan ia hilang lama…..sebelum nafas kembali , ku tarik ia dengan bismillah. Namun ku sendiri tidak mengetahui saat nya hembusan terakhir kerna nadi masih berbunyi. Ya itu pasti rahsia Allah, bukan untuk mahkluk mengetahui ketepatan waktu kiraan pemergian seseorang.

Semalam, saat tidur di sebelah bapa, dengan ventilator oksigen beliau bercakap-cakap. Mungkinkah dengan ibuku atau malaikat? Aku memegang jari-jarinya yang sejuk sehingga mata terlelap dan tangan terlepas. Yang pasti bapa sudah berjanji untuk pulang dari semalam dan dia menunggu saat itu sedangkan aku tidak mengetahui. Semalaman aku tidak tidur menjaga ventilator oksigen bapa takut-takut di cabutnya lagi. Namun hati ku masih menaruh harapan esok bapa akan kembali sihat.

Tiga minggu yang lalu, sebelum hari kematian bapa, sempat kami berbual mesra. Tanpa berfikir aku berkata, saya akan menjaga bapa sehingga mati dan di kubur di sini ya. Saya tak akan hantar bapa ke sana ke sini lagi, semua anak-anak sibuk tak dapat jaga bapa dengan sempurna, biar tinggal disini saja saya yang jaga bapa sampai mati. Bapa hanya terdiam. Dia masih sihat saat aku menimbang-nimbang kematiannya. Mungkin beliau ingin kuburnya dsebelah ibu ku di kampung, namun aku sudah pon berkata demikian. Bagiku, berbicara tentang kematian adalah perkara rutin yang selalu ku ingat, apatah lagi jika berbicara dengan orang tua.

Ya ilmu RASA itu sudah ada… itulah keagungan Allah…mengajar hambanya mengetahui bahawasanya aku sudah mengetahui namun jasadku lupa…bahawa kata-kata ku bukan sembarangan… dan itulah petunjuk nyata yang ku zahirkan dan amalan baik yang aku usahakan dengan izin Nya.

Keagungan Bismillahirrahmanirahim bukan suatu zikir biasa. Ia menjadi bukti tentang keyakinan ku, sebagai hamba muqarrabun, semoga Allah mengangkat makam kami dan memuliakan kami diantara hamba-hambaNya yang bertaqwa.

( June 2013)

Semalam ibunda bertemu arwah bonda. Mimpi di akhir bulan June, di bulan syaaban yang mulia.

Ibunda bertanya, ‘mak, mak datang dari syurga ye mak?’

Bonda ku hanya tersenyum. Lalu ibunda bertanya lagi.

‘mak, ceritalah rahsia tuhan, apakah rahsia tuhan mak?’ Aku seperti menunggu saat ini untuk bertanya kepada bonda kerna aku pasti bonda punya jawabannya. Aku sedikit pun tidak bertanya tentang keadaan atau khabarnya dari syurga.

Bonda tidak menjawab pertanyaan yang ingin ibunda dengari namun dia berkata, ‘semuanya dihitung Tuhan, semuanya di ambil kira, walaupun yang kita tidak perasan atau yang tidak terfikir.’

‘Apa lagi mak, apa lagi rahsia Tuhan?’, tanya ku.

‘Kena kenal diri yang itu’, kata ibuku sambil menunjukkan ke arah diriku.

‘Diri yang mana mak, diri nafsu? diri amalan?, diri yang mana mak?’, tanya ku lagi.

Bonda tidak menjawab pertanyaan ku. Dia berjalan untuk menjenguk ayahanda ku. Sambil berjalan, aku bertanya lagi.

‘yang itu pun di kira’, kata bonda sambil menunding ke arah betis kaki ku. ‘Aurat mak?, aurat ini di kira juga?’, kata ku yang faham maksud aurat tersebut. Aurat yang di kira itu ialah menutup tubuh dari pinggang ke bawah. Biar jangan terdedah. Bukan tentang rambut.

Bonda mengangguk. Sambil berjalan dia berkata, ‘ingat Tuhan  sentiasa, ia di kira dan sentiasa mengira.’

‘Kena zikir 24 jam ye mak?’, tanyaku.  Bonda angguk.

Aku membawa bonda ke bilik ayahanda yang sedang tidur dan anakku isabel pun ada di situ. Kedua mereka sedang tidur. Lalu bonda mengejutkan mereka dengan sergahannya yang selalu di ucap ketika hayat.

‘amboi, hangpa tidur tak reti-reti nak bangun lagi?’ kata bondaku menyergahi ayahanda yang sedang tidur. Ayahanda ku terjaga lalu matanya terkelip-kelip melihat bonda ku, terasa seperti mimpi agaknya.

Lalu ibunda berkata, ‘bapak, ni mak, arwah mak ni bapak’.

Ayahanda terus memeluk bondaku. Aku melihat wajah ayahandaku yang sudah tua tiada bergigi sedangkan bondaku nampak muda dalam usianya 40 -an dan bersanggul.

Aku lalu menghantar bonda pulang. Sambil menunggunya untuk di ambil oleh seseorang, aku melihat dia  tersenyum melihat orang tersebut sedangkan aku tidak dapat melihat siapa yang datang mengambilnya pulang.

Dia berjalan ke arah orang tersebut beberapa langkah dan kemudian ghaib dari pandangan mata ku.

Ibunda terkejut jaga sebelum subuh. Lalu solat subuh dan sujud syukur terima kasihku kepada Allah kerna pertemukan ku dengan arwah bonda.

Ada kepelikan di sini. Pertama, aku hanya ingin tahu rahsia tuhan yang ku pasti bonda mengetahuinya kerna dia telah melalui alam sakaratul maut.

Kedua, Aku dapati alam mimpi ku adalah nyata kerna aku menyebut arwah bonda kepada ayahanda, iaitu tidak terasa seperti dia hidup semula. Dan kerna ingin tahu hal2 kebenaran rahsia Tuhan  sehingga mimpiku menzahirkan ucapan- ucapan sebegitu.

Ketiga, aku pasti bonda sudah di hitung kerna dia pernah menyebut tentang titian siratul mustaqim.

Mengenal diri yang di maksudkan arwah itu adalah mengenal 4 diri nafsu iaitu ammarah, lawwammah, suffiyyah dan mutmainnah.

Semoga diri batiniah kita tidak bersumber kan nafsu yang wajahnya seperti kita, wataknya juga adalah watak kita. Harus kenal diri yang ini supaya diri nafsu mutmainah akan menyelamatkn kita dari menyusuri diri yang gelap.

 

(Tahun 2010)

Setelah hampir dua bulan berlalu, ibu bertemu dengan arwah bonda di dalam mimpi. Kami di sebuah rumah, ibu melihat bonda bernasyid dan bertasbih melagukan zikir puja pujian kepada Tuhan. Ibu mengikuti bonda bertasbih bersama-sama. Sungguh merdu suara bonda.

Lalu terkejut dari tidur ketika azan subuh lagi beberapa minit. Ibu mendengar suara bertahmid bersambungan…dan ia datang dari corong radio sebelum azan subuh. Rupa-rupanya ibu tidak menutup radio sebelum tidur. Namun, bertemu bonda dan bernasyid sekali sangat mengasyikkan. Mengalir air mata ibu merindui bonda di subuh hari.

Selalunya di dunia, sebelum arwah bonda meninggal, ibulah yang akan menyanyikan nasyid dan zikir Allah dengan alunan-alunan merdu dan bonda akan mengikuti ibu dari belakang.

Ibu selalu amalkan nyanyian kecil zikir allah ini sejak bertemu dengan seorang guru mursyid yang ibu sanjungi dan sehingga kini nasyid ini memberi ibu suatu ketenangan jiwa. Walau bagaimanapun, terlepas juga rindu ibu untuk bertemu arwah.

Selamat Datang

Log in

Lost your password?