Subscribe to Subscribe to 's comments

Archive for the ‘Asal Ku Dari Kayangan’ category

Laisalaha mindunillahi kasyifah, March 2020

Barangsiapa mempunyai penasihat bagi kalbunya nescaya ada penjaga dari Allah buatnya.

Bertakwa lah kepada Allah maka Dia akan mengajarmu (al Baqarah 282)

Ilmu yakin dan ilmu zhanni (dugaan) adalah ilmu makrifat iaitu terbukanya yang tersembunyi. Disini Allah membimbingmu.

Ada 3 hal dalam mengenali dirimu dengan ilmu. Ketika Kaya, ketika sakit dan keluarga mu. Allah mengenali mu saat kamu fakir, hilang keluarga dan saat kamu sakit. Ayuh renungi perjalanan ini saat ibunda di beri dugaan berat dan ilmu Allah mengajarku sabar redha dengan ujian-Nya.

Disaat manusia ditimpa penyakit misteri Covid19,tiupan udara angin di bumi seakan terasa luar biasa aneh nya. Di awal bulan February 2020 ibunda demam, cough and sore throat sehingga kehilangan suara ku. Antara yang terawal merasai keanehan angin ini. Tiga minggu demam ku terus-terusan sehingga akhir Februari,.. almost sebulan sakit ya. Terus ke hospital untuk test lanjut. Mulanya doctor tidak tahu bahkan menyuruh aku pulang. selepas seminggu aku turun lagi berjumpa pakar yang sama dan mengarahkan doctor test lebih detail. Allahuakbar setelah seminggu kemudian doctor menelefon mengesahkan khabar penyakit ku. Tersentak dengan khabar itu, mungkin imuniti ya sangat lemah, lalu penyakit lama muncul kembali. Ingat lagi sewaktu di bangku sekolah, ibunda di jangkiti penyakit fatal ini namun di selamatkan Tuhan. Kakak ku tewas (mati) ketika berusia 20 tahun. Sungguh Allah lebih mengetahui tentang diri ku dan Dia yang mengatur kehidupan ku sehingga usia sebegini.

Aku merasai kesakitan yang dahsyat buat kali kedua dalam sejarah hidupku. Ujian dari Allah Taala, sebagai peringatan yang tidak mungkin aku sia-sia kan hikmahnya. Minggu pertama, seakan tidak ada cahaya kehidupan buat ku. Energy tipis sekali sehingga tidak makan dan tidak tidur tiga hari berturut-turut. Organ dalaman tidak dapat menahan kekuatan ubat yang terpaksa aku ambil setiap hari. Aku membantu diri ini melepaskan semua pergi dan mengharapkan redha Allah. Setiap hari aku tinggalkan pesan buat suami dan anak seolah-olah esok akan mati. pasrah saja ya Allah. Aku sudah menanti saat kematian ini…..

Sejak merasai dekatnya hari kematian, aku tidur dengan alunan ayat-ayat suci dan rakaman suara ku berzikir bersama anak. Semestinya tidur orang sakit sangat berbeda dengan tidur orang sihat.

Suatu malam ketika dunia merasai kesakitan covid19, aku melihat jasadku berzikir nafas dengan “Laisalaha mindunillahi kasyifah” sedangkan ruh melayari mimpi di alam lain pada waktu yang sama. Hairan Ya Allah. Aku mempelajari sesuatu yang baru di sini. Jasadku mengikuti nafas ku ketika tidur (nafas panjang) dan telinga ku mendengar NAFAS itu berzikir mengikuti alunan nafas masuk dan keluar walau tika itu baru tersedar dari mimpi ditempat yang lain. Subhanallah. Berapa lamakah tubuhku berzikir saat ruh berada di alam lain?

Ketika jasadku tersedar dari mimpi lalu terdengar nafas zikir laisalaha, perlahan-lahan aku menyambung ia dan terus berzikir …supaya aku tidak terlupa ayat tersebut andai tertidur lagi… Saat itu airmata mengalir membasahi pipi. Sayunya… kerana Nafas mencintai ku dan mengubati tubuh dari kesakitan. Ia seakan-akan memberi ku suatu cahaya bahawa aku perlu kuat untuk bertarung hidup. Ya Allah, kadang-kadang aku merasai kematian itu lebih indah kerna aku tidak perlu kerja mencari rezeki, sibuk dengan hal duniawi. Setelah nafasku bertarung mengubati jasadku sendiri, aku merasai kasih sayang Rabb Ilahi yang tidak putus buat ku. Terima kasih Allah kerana membimbingku…berserah kepadaMu yang Maha Penyembuh.

Dari mimpi ini pelajaran yang pertama, sungguh aku tidak pernah mengamal ayat laisalaha tersebut. Maksudnya juga tidak ku tahu. Kedua, aku belum pernah berzikir nafas yang benar-benar menjadi sehingga tidur pun masih berzikir. Hikmah sakit…sungguh bererti buat ku. Ia membuka kunci kesedaran ku kembali.

Laisa laha min dunillahi kasyifah – tiada bagiNya selain Allah yang mengangkat / menyembuhkan.

Indahnya zikir ini, mungkin anda sudah mengetahuinya sebelum aku. Namun menyaksi sendiri jasad dan nafas yang hidup saat tidur memberi hidayah yang besar tentang kasih sayang Allah, NafsNya yang hidup dan berdiri sendiri mengatur system tubuh manusia. Ketika kamu menggunakan Ilmu untuk memikir hakikat diri, anggota tubuh mu akan memberi kekuatan energy ke kalbumu.

Carilah pintu-pintu kematian mu dan jadilah manusia hakiki yang mengetahui jalan hidup sejati. ilmu yang wujud bebas dari pacaindera. Yang memahami mimpi bukanlah indra tapi sang peribadi yang ada di dalam badan ini iaitu HATI dan AKAL FIKIR.

Melihat tanpa mata, mendengar tanpa telinga, merasa tanpa meraba… Jika Tuhan mencintai, maka hidung, mata dan telinga menjadi manifestasi ILAHI. Dia mengetahui kebenaran yang tidak dapat di rasai pancaindera. Dia mengetahui di mana letaknya pintu kematian. NAFS muncul dan tenggelam, tetapi dia TETAP.

Ketujuh langit dan bumi serta segala isi menyatakan zikir keagungan dan kesucianNya Sang ILAHI tetapi kamu tidak mengerti. Bertasbih bumi merupakan pekerjaan semulajadi. Hai orang-orang yang berpandangan tajam dan akal fikir yang dalam, kerana kamu berbakti kepada-Nya, maka Nafsani mu di pelihara dan di bimbing oleh -NYA. Itulah TAQWA!

(1997)

Mimpi ini berlaku ketika di tahun 1997. Sudah lama berlalu namun ibu masih menyimpan memori mimpi. Usia agak muda, menjadikan ibu kurang mengkaji perihal diri dan alam ghaib.

Pada tahun 1997, Ibu bermimpi menaiki naga kayangan. Ianya suatu pengalaman yang sukar dilupakan kerna sehingga kini mimpi sebegitu tidak pernah berulang lagi. Ia seperti menunggang naga yang sedang kecil saiznya. Terasa seperti menuruni dari paras yang tinggi menuju ke bumi. Kelihatan badan tunggangan itu bersisik berwarna hijau. Ibu melihat nun jauh di bawah adalah lautan luas dan sebuah pulau berbentuk J. Entahlah di mana, namun terasa kaki mencecah air tika naga menyinggah di gigian air. Apa yang menghairankan, pulau itu seperti tiada berpenghuni dan sunyi sepi.

Kelihatan cuma sebuah pondok usang yang dibina berbumbung jerami terletak di atas anak bukit tidak jauh dari pantai. Begitu usang seperti berada di zaman lama. Langit cerah seperti tengahari. Ibu berlari-lari anak dan leka bermain seorang diri. Ketika bermain itu, bonda ibu tiba-tiba turun dari awan-awan (atas) dan memanggil anaknya  untuk segera kembali. Katanya ada hal penting. Ibu bergegas meninggalkan pulau menuju ke ruangan atas.

Entah bagaimana, ibu berada di sebuah kawasan rumah kayu dan pintu besarnya seperti pintu rumah Jepun.

Ibu terus duduk bersimpuh di belakang satu barisan ahli keluarga. Dari hadapan barisan adalah yang tertua dan diikuti oleh yang muda di belakangnya. Ibu kira lebih kurang tujuh orang semuanya dan ibu kedua dari belakang. Bermaksud punya seorang adik (dalam usia 6 tahun sedang berhingus ketika itu) dan kakak dihadapan dalam usia 14 tahun serta ramai ahli keluarga lain di hadapan. Nah, agak-agak usia ibu ketika itu mungkin saja dalam 10 tahun barangkali. Ibu dapati pakaian kami semua adalah putih seperti kimono jepun. Ahh…tidak terfikir apa-apa ketika berada di alam mimpi kerana semuanya berlaku seolah-olah ibu mengenali diri sendiri dan ahli keluarga. Maka tidak hairan sewaktu itu.

Tiba-tiba satu suara kedengaran dari luar pintu besar. Semua orang terdiam dan memandang ke arah luar dengan penuh kusyuk seolah-olah melihat seorang Raja. Dan ibu melihat ia adalah sebuah MATAHARI yang memiliki satu rupa manusia dan sedang bercakap-cakap. Masya Allah.

Apakah ini semua benar atau simbolis?

Pabila ibu kaji tentang bangsa Jepun ini, rupanya mereka antara bangsa kuno yang menyembah matahari iaitu Dewa Shinto.

Dari mana asalnya bangsa Jepun ini? Adakah mereka dari kayangan dan punya naga sakti sebagai kenderaan?

Siapakah dewa matahari itu? Apakah memang  benar adanya sang dewa matahari?

Ibu tidak pasti jawapannya kerana tika mendapat mimpi ini, usia masih muda. Maklumlah, kadang-kadang mimpi sebegini tidak memberi apa-apa manfaat melainkan ia hanya sebuah mimpi.

Pernah ibu tanyakan bonda apakah kita pernah punya pertalian sehingga ke Jepun. Setahu bonda, tidak ada namun, tiada siapa yang tahu asal bangsa Cina Yunani mungkin saja dari kepulauan Jepun.

Jika menurut ibu, ternyata orang Jepun memang menyembah Shinto yang bermaksud “jalan para dewa”. Shintoisme (agama Shinto).  Shintoisme dipandang oleh bangsa Jepun sebagai agama tradisional warisan nenek moyang yang telah berabad-abad hidup di Jepun. Fahaman ini timbul daripada mitos-mitos yang berhubungan dengan terjadinya negara Jepun serta upacara mengelilingi api sebagai suatu sambutan perayaan atau upacara keagamaan.

Mungkin juga asal usul kepercayaan Jepun adalah dari orang-orang kayangan sendiri yang turun ke bumi dengan menurunkan kepercayaan, tata karma, pakaian serta keturunan mereka di kepulauan Jepun.

Apa yang pasti mimpi ini ada kebenarannya namun  kenapa ibu yang melaluinya, tidak lah pasti sehingga kini.

(Tahun 1998)

imageIbu bermimpi tentang satu hal yang agak tidak selesa untuk di ceritakan seolah-olah ia juga menceritakan tentang kejahilan ibu ketika itu.

Ianya berlaku di tahun 1998. Ibu melihat kilat menyambar ibu dengan panahan yang sangat pedih sehingga ibu meninggal dunia. Masya Allah. Apakah dosa besar ibu ketika itu sehingga di panah petir.

Ketika itu terdengar suara ramai orang mengelilingi seperti berada di sebuah tempat keraian atau upacara. Ibu mendengar mereka bernyanyi. Tiba-tiba datang seorang IBLIS membawa sekeping kertas bersamanya. Ditunjukkan kertas kepada orang ramai sambil berkata bahawasanya nama ibu sudah tertulis di dalam buku mereka dan beliau datang untuk mengambil jiwa ibu.

Masya Allah. Seramnya terasa.

Ibu mendengar semua percakapan mereka namun ibu seperti tiada daya upaya untuk kembali hidup ketika itu. Iblis sudah menulis namaku sebagai milikan mereka dan jiwa akan di tuntut.

Tika dalam kekalutan itu, mereka mengarahkan agar darah ibu di periksa. Lalu mereka membelah hati ibu, terasa dalam tusukan itu seperti memeriksa bahagian yang paling dalam didalam diri ibu. Lalu terlihat darah putih mengalir dari tubuhku.

Mereka pun berkata, ‘wanita ini manusia berdarah putih’. Itulah yang kedengaran. Aku Berdarah putih?…

IBLIS tersebut akhirnya tidak berjaya memiliki ibu seperti yang dikehendaki, lalu dia berlalu pergi.

Terkejut dari mimpi yang menakutkan. Masya Allah. Kencang degupan jantung ibu, terasa seperti mati hidup semula.

Ibu berdarah putih? Apakah manusia berdarah putih ini orang-orang suci?

Mimpi darah selalunya di kaitkan dengan simbol kesakitan, kesabaran dan rasa sanubari paling dalam. Ia juga bermaksud penyucian yang penuh kesakitan. Darah juga membawa erti kenderaan ruh yang tersimpul dalam generasi lama dan pintu gerbang yang bakal membuka diri ke alam ruh.

Jarang manusia bermimpi tentang darah putih.

Ibu yakin andai darah putih ini adalah simbol kesucian hati sanubari ku yang paling dalam yang tidak mungkin dapat di jatuhkan oleh sang kerajaan iblis dalam mengumpan aku kearah kejahilan.

Atau mungkin juga ibu salah seorang dari kaum berdarah putih dari alam kayangan.

Ya Allah, jadikanlah aku manusia yang beriman dan suci. Cerahkan lah perjalanan mimpi-mimpi buat ku supaya tiada kuasa gelap yang menakluki ku ketika di malam hari.

(Tahun 2005)

jugraKetika ibu asyik menjelajahi gunung dan pulau, singgah sebentar ke Pulau Besar Melaka bersama suami dan beberapa orang yang lain. Ketika sibuk mendirikan khemah, ibu terlelap sebentar.

Mimpi berada di suatu tempat seakan-akan sebuah kota lama. Kedai-kedai yang berbentuk bangunan lama di kiri kanan jalan yang agak lengang dan sunyi. Terlihat segerombolan orang memikul satu candi puteri menuju ke istana. Di birai jalan tersebut, ibu melihat ada papan tanda tertulis – JUGRA. Ibu tidak pasti siapa puteri yang sedang di angkat oleh para gerombolan istana.

Terkejut dari mimpi yang pendek tetapi jelas sekali ianya berkaitan JUGRA.

Ibu bertanya kepada suami, ‘saya baru pergi ke sebuah kota lama, seperti kota melaka’. ‘Tetapi jalannya tertulis ‘JUGRA’, sambung ibu.

Ustaz yang mendengar itu berkata, ‘Jugra bukan di Melaka tetapi di Kuala Selangor’.

Aduh…tiba-tiba ibu tersentak.

Masakan ibu berada di Kuala Selangor sebentar tadi walhal ibu berada di Pulau Besar Melaka. Apakah kaitan Kuala Selangor dan Pulau Besar Melaka? Agak pening memikir apakah cerita yang berlaku di Jugra dan kesultanan manakah yang bertapak di Jugra? Sedangkan ibu bukan berasal dari Kuala Selangor. Ibu belum pernah mendengar cerita dari bonda tentang keturunan kami di Kuala Selangor jika ada.

Setelah habis agenda di Pulau Besar Melaka, ibu segera pulang ke Kuala Lumpur untuk mencari maklumat tentang Jugra. Ibu menelefon bonda dan bertanya jika kami ada kaitan dengan Kuala Selangor.

Tiba-tiba ayahanda berkata, ‘masih ada kaum kerabat ayahanda di Kuala Selangor, tetapi sudah terputus hubungan. Kami orang bugis dari Batu Bara, Sumatera asalnya. Mungkin ada lagi sanak saudara di sana jika di cari’. sambung ayahanda.

Apa benar ini semua? Tidak pernah ayahanda khabarkan kepada kami sekeluarga tentang Kuala Selangor.

Rupa-rupanya memang pernah ada seorang ahli keluarga dari Kuala Selangor datang mencari ayahanda di kampong kami. Ketika itu ibu masih belajar di Universiti. Mereka memberi sebuah buku salsilah keturunan ayahanda. Kata ayahanda, mereka mencari kaum kerabat kerana ada beberapa tanah Kuala Selangor mahu di bahagi-bahagikan kepada kaum keluarga.

Masya Allah. Jika ibu tidak bertanya entah bilalah cerita ini akan terbuka.

Apakah tidak penting untuk ibu selidiki asal usul di Kuala Selangor? Sudah tentu ibu berminat untuk mencari mereka yang sudah lama terputus hubungan. Malangnya kitab salsilah itu sudah hilang.

Selepas kematian bonda pada tahun 2010,  ibu bertemu saudara sebelah ayahanda dan berjaya mendapatkan nombor telefon saudara di Kuala Selangor. Lantas ibu menghubungi mereka.

Kebetulan kaum kerabat sedang bercadang untuk ‘family reunion’ (Perhimpunan keluarga) selepas hari raya haji tahun 2010. Lalu kami dijemput untuk turut serta ke sana. Ibu membawa ahli keluarga yang lain untuk turut serta. Lalu, terlihatlah akan ramainya saudara kami di Kuala Selangor.

Mujurlah punya ayahanda yang masih hidup. Sudah pasti ayahanda mengenali orang-orang tua yang hadir di situ. Jika kami, generasi baru sudah tentu tidak kenal kebanyakan mereka. Terlihat kereta-kereta mewah yang datang. Mujurlah ibu menaiki Volvo S80, tidak lah terasa malu sangat. Rupa-rupanya kami ini memang kerabat di raja yang sudah terpisah dan tidak di kenali orang. Ibu ini adalah generasi ke – 9 Laksamana Bentan atau Megat Seri Rama yang membunuh Sultan Mahmud Melaka (mangkat di julang). Aduh…cicit penderhaka rupanya.

Pangkat megat dan puteri tidak kami pakai sejak sekian lama. Mungkin kerana kes penderhakaan terhadap Raja, maka  keturunan Laksamana Bentan diburu. Lalu jadilah kami (cucu cicit) pelarian yang tidak pernah lupa akan kisah nenek moyang yang handal dalam seni warisan ilmu.

Buku salsilah ditunjukkan kepada kami. Ramai sekali rupanya anak cucu Megat Seri Rama a.k.a Laksamana Bentan. To’ Ma’ding adalah atuk kami yang juga seorang pahlawan Perak. Sehingga ada di antara ahli keluarga menjadi orang-orang besar istana Perak. Entah bagaimana boleh sampai ke Perak namun itulah kaum kerabat ibu dari salsilahnya Laksamana Bentan.

Dari pengetahuan kosong tentang Tok Laksamana, ibu sudah mahir tentang cerita Moyang.

Dari mimpi ibu yang berlaku di sekitar tahun 2005 sehingga tahun 2010 baru ibu ketemu salsilah saudara di Kuala Selangor.

Itupun masih belum terungkai sepenuhnya kerna pasti ada selapis lagi cerita dari salsilah Bugis dan Jugra. Belum sempat ibu mencari maklumat, namun Ibu pasti mengenali sang puteri berdarah bugis dari Istana Jugra.

(Tahun 2001)

im butfly

Ini bukan mimpi dari ibu. Ia adalah pengalaman ‘real’ abang ipar ketika kami berkongsi tinggal di sebuah rumah di Subang Jaya bersama kekanda ibu.

Malam itu, ibu keluar bersama teman-teman ke ibu-kota. Ketika itu, jam menunjukkan pukul 2 pagi. Tiba-tiba ibu mendapat panggilan telefon dari kekanda supaya ibu segera pulang ke rumah. Ada hal penting katanya.

Ibu segera pulang dari Kuala Lumpur ke Subang Jaya. Ketika sampai, kekanda menceritakan suatu peristiwa yang baru sebentar tadi terjadi. Peristiwa yang agak seram tapi sungguh manis untuk di simpan di dalam memori ibu.

Ketika abang ipar leka bermain komputer di sisi tangga rumah, dia melihat seekor rama-rama misteri dari arah dapur menuju ke ruang tamu. Sungguh besar rama-rama tersebut sebesar dua tapak tangan.  Rama-rama misteri itu tersesat dan memasuki rumah. Lalu rama-rama itu terjatuh ke belakang sofa dan tidak kelihatan lagi.

Kemudian, turun wanita persis ibu dari bilik atas. ‘Ibu’ berjalan menuruni tangga satu persatu dan tersenyum pabila melihat abang ipar sedang terlopong kerana terkejut. Abang ipar tidak mendengar sebarang bunyi pintu di buka atau di tutup dari bilik atas tetapi tiba-tiba saja sudah melihat ibu menuruni tangga lalu dihadapannya.  Abang ipar terdiam seribu bahasa.  Sungguh lembut wataknya ‘ibu’ ketika menuruni anak-anak tangga. Selepas turun, perempuan itu menuju ke dapur sebentar kemudian ke belakang sofa tersebut.

Abang ipar tidak menoleh belakang kerana khuatir. Beliau tahu ibu memang tiada di rumah ketika itu tetapi menjadi pening seketika apabila melihat wanita persis ibu muncul di depannya dengan watak yang lebih lembut. Lalu perempuan itu naik semula ke atas dan sekali lagi melalui tangga di hadapan abang ipar. Terus ke bilik namun tiada kedengaran bunyi pintu di tutup.

Abang ipar terus melompat lalu menceritakan insiden tersebut kepada kekanda. Seram sejuk di buatnya kerana terpandang kereta proton wira ibu tiada di laman letak kereta. Memang ibu tiada di rumah, sungguh misteri. Siapakah gerangan wanita tadi?

Kekanda segera menelefon ibu untuk segera pulang. Lalu kami menyelami peristiwa tadi sambil beringat-ingat.

Peringatan kepada diri sendiri agar jangan pernah tinggal diri dalam kealpaan duniawi. Ingatilah Tuhan tika ditengah malam. Bukan untuk bersuka ria atau sibuk dengan urusan dunia. Satukan rohani dan jasmani semoga kita beroleh petunjuk yang baik dari Ilahi.

(Tahun 2000)

Mimpi ini kurang mendapat penghayatan dan ibu tidak berapa mengingati. Yang pasti ibu berada di dalam sebuah gua.

Suasana di sebuah gua yang berpasir halus. Ibu sedang bercakap-cakap dengan seekor ayam?

Ketika di dalam gua, ibu di temani oleh seekor ayam. Ayam itu seperti mengikuti ke mana ibu pergi dan menjadi teman berbual. Tiba-tiba ayam itu berubah menjadi seorang wanita yang berusia 30-an.

Ibu terkejut dan kaget.

Wanita yang menjelma dari seekor ayam jadian itu, mempunyai wajah yang agak lebar dan berkulit kuning langsat. Wajahnya agak bersegi empat.  Dia memperkenalkan diri sebagai Cik Siti Wan kembang.

Ibu lantas terjaga dari tidur yang pendek.

Apa yang menghairankan, wajah Siti Wan Kembang yang di lihat ibu, tidak bujur telur seperti yang di lukis orang. Agak berbeda lukisan mereka.

siti wanGambar yang dilukis di sebelah merupakan wajah puteri saadong dan bukan cik siti wan kembang.

Wan_kembangIbu ada terjumpa gambar ini di sebelah, yang mengatakan beliau adalah keturunan Saadong ke 7. Namun wajah seperti ini yang dilihat ibu di dalam gua ayam, yang memperkenalkan dirinya sebagai Wan Kembang. Entahlah..agak mengelirukan dunia ini..namun mimpi ini untuk ibu dan tidak melibatkan orang lain.

Yang pasti, apakah benar Cik Siti Wan Kembang adalah jelmaan dari seekor ayam? Adakah wanita hebat ini telah menjadi jelmaan ayam

Ada yang mengatakan tempat persinggahan beliau adalah di Gunung Ayam. Kenapa nama Gunung itu Ayam? Dan hampir sama kisahnya dengan ayam jadian yang muncul di dalam mimpi ibu.

Buku Detik-detik Sejarah Kelantan menceritakan Cik Siti Wan Kembang telah membawa diri ke Gunung Ayam untuk beribadat menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah dan kisah hidupnya tidak lagi diketahui.

 

 

Selamat Datang

Log in

Lost your password?