Subscribe to Subscribe to 's comments

Bidadari Biru Lazuardi

Posted by ibunda. Comment (1).

Pertengahan tahun 2013 bakal mencatat sejarah pahit buat ku.

Ketika ibunda sedang asyik beramalan bersama suami, ibu di sergah oleh sebuah ujian.

Bulan Ramadhan menjelma bersama ujian yang hebat tidak tertanggung oleh ku…

Ibunda menjadi seorang penjamin kepada sebuah hutang yang tidak di langsai oleh peminjam. Peminjam ini seolah-olah mengambil keputusan mudah untuk lari dari hutangnya.

Ketika suami ku sedang menganggur selama sebulan, ujian ini datang di bulan Ramadhan yang mulia.

Ibu seperti ketiadaan kata-kata untuk merintih, kerana kedua-dua ujian ini berlaku serentak dengan tidak semena-mena. Suami mengambil keputusan berhenti kerja kerana stress yang melampaui batas, dan aku di kejar oleh bank kerana hutang orang lain yang harus ku tanggungsebagai penjamin.

Apakah aku harus berdendam dengan si peminjam yang menganiayai ku?

Atau aku harus mengambil tindakan yang adil bagi menegakkan kebenaran? Menyaman peminjam untuk menuntut gantirugi? Jalan manakah yang harus ku pilih?

Ibu hanya tahu beramal, ketika manusia sedang nyenyak dibuai tidur. Tepat jam 3 pagi, mata ku akan terbuka lalu dalam kerinduan kasih sayang ILAHI aku pisahkan diri dari sang suami. Rumah besar yang sunyi di penuhi dengan alunan zikir ku yang mendayu. Entah siapa lagi yang akan terdengar suara ku di malam hari. Namun suara ini tidak dapat perlahan lagi, aku dibuai keasyikan, kerinduan yang panjang untuk-Nya. Aku akan berzikir sehingga jam 5.30 pagi sebelum meneguk air sahur untuk berpuasa esok hari.

Bukan hanya ketika ku ditimpa kesulitan, namun hakikatnya aku sentiasa bersama-Mu di waktu susah dan senang. Cuma aku menulis coretan ini ketika sedang di landa ujian yang sungguh besar.

Seperti selalunya aku mengingini privacy bersama-Mu ketika manusia lain tidak mengingati-Mu kerna ku pasti Kau akan mendengar-Ku. AKu pasti dapat mengejar schedule harian malaikat yang bertugas menyampaikan doa-doa mukminun ketika mereka bertugas berhampiran bumi. Aku pasti dapat mengeluarkan energy zikir ku supaya di lihat sang malaikat lalu mereka memenuhi rumah ku untuk bersama-sama mengingati Mu. Jam 3 pagi waktu yang afdal, untuk berkhalwat. Jika subuh sudah terlalu suntuk buatku..

Aku yakin semua itu berlaku kerna aku merasakan kehadiran mereka di sekeliling ku.

Ketika habis solat tahajjud, aku turun ke dapur untuk membancuh air minuman sahur. Ketika bancuh, cawan air tertumpah. Kaget sebentar kerana sayang susu alpha lipid yang mahal sudah tertumpah.  Namun ku ingati mimpi ku suatu hari dulu, pernah mengatakan bahwa amalan ku sudah sampai ke lauhul mahfudz ketika aku sedang membancuh air dan air tertumpah dek kerana lamunan pendek. Itulah petanda bahwa amalan ku di terima.

Hilang rasa sayang kan susu yang mahal, air mataku terus  mengalir kerana petanda yang sekecil ini sudah cukup memberi kan ku pengertian tentang kasih sayang Tuhan kepada ku.

Di malam ke 12 bulan Ramadhan, ibu bermimpi tercalon untuk suatu pertandingan. Di masukkannama ibu kedalam sebuah pasukan. Rupanya mereka ini adalah wanita-wanita yang sangat cantik berpakaian serba biru lazuardi. Semuanya berpakaian warna biru lembut (seperti langit biru muda). Mata mereka sungguh pekat seperti jeli hitam.

biru lazuardiApakah maksud pakaian warna biru?

Dari suluhan cahaya iman,  para malaikat (bidadari) berpakaian biru adalah dari golongan malaikat bertalian kepada urusan Mikail. Warna cahaya biru dan pakaian biru adalah symbol dimana amalan tadi di bawah urusan Sang Mikail. Biru adalah petanda tentang urusan pertolongan ketika kesulitan, dan perlindungan. Ia menghasilkan cahaya amalan berwarna biru sehinggakan aku bermimpi bersama dengan pasukan wanita berwarna biru. Pakaian mereka seperti jubah / maxi yang cantik, kain lembut bak sutera. Namun yang pelik nya, di kepala mereka juga punya perhiasan rambut yang berwarna biru sehinggakan kasut mereka berwarna biru. (gambar ini hanyalah illustrasi, pakaian mereka tidak terdedah, tapi sopan dan cantik).

Sungguh indah terasa berpakain warna biru. Mungkin hari raya ini, dapat ibunda carikan pakaian berwarna biru sebagai pembuka helaian cerita yang baru.

Ujian harus ku lalui dengan tabah, keputusan mahkamah mungkin akan di ketahui dalam sebulan lagi. Hari ini, suami telah mendapat tawaran kerja, alhamdulillah. Doa ku termakbul. Semoga suami di beri kekuatan untuk menempuhi cabaran di alam dunia.

Doa ku agar pengalaman pahit ini ku tempuhi dengan jiwa yang tenang.  Walau di dunia aku pertaruhkan wang yang banyak untuk di bebaskan dari hutang, namun wang ini tiada nilai di sisi ku untuk sebuah syurga.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Allah berfirman: “ Apabila Aku menguji hamba-Ku yang beriman kemudian dia tidak mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya maka Aku lepaskan dia dari belenggu-Ku dan Aku gantikan baginya daging dan darah yang lebih baik dari yang dahulu dan dia boleh memperbaharui amalnya sebab yang lalu telah diampuni semua”

Mereka yang akrab dengan Allah akan membawa dirinya kepada kekosongan. Tidak ada kehendak pada dirinya untuk dia membuat sebarang pilihan.

One response to “Bidadari Biru Lazuardi”

  1. mira

    salam..saya percaya dengan saudari/saudara tuliskan..sbb ia juga trjadi pd diri sy..

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Selamat Datang

Log in

Lost your password?