Subscribe to Subscribe to 's comments

Amalan Solehah

Posted by ibunda. Comment (0).

Ketika Ibunda di ugut dengan email dari ‘unknown fella’, yang tidak berpuas hati dengan tulisan ibunda, sempat ku bermimpi  di bulan Februari 2014 yang menceritakan tentang sesuatu yang tidak ku duga maksudnya.

Ibu berada di sebuah perkampungan entah di mana, kelihatan ramai manusia sibuk melakukan ibadah masing-masing. Ada seorang  polis syariah seperti sedang mencari ku di perkampungan itu. Entah mungkin kontroversi isu mimpiku.net, mereka ingin menyiasat ibunda.

Apa yang ku rasa di bumi begitulah ku rasa di alam ghaib.

 Ibunda melihat sang polis itu sedang menghampiri seorang wanita. Sang Polis tersebut sudah melihat kereta ku lalu dia bertanya kepada wanita tersebut,

’ wahai solehah, kenal kah Ibunda? (dia  menyebut namaku). Wanita itu menjawab, ‘Kenal. Aku melihat dia selalu datang ke sini’.

Ibunda seperti mau menegur wanita itu kenapa dia memberitakan keberadaan ku kepada sang polis tanpa kebenaran ku.

Siapa Solehah? Aku tidak kenal wanita bernama solehah. Kenapa dia menceritakan hal keberadaan ku kepada sang polis?

Pabila tersedar dari tidur di subuh hari, aku melayari maksud mimpi ini.

Ku pasti wanita yang bernama solehah itu bukan siapa-siapa tetapi adalah amalan ku sendiri.

 Solehah itu adalah amalan kebaikan yang hidup dan boleh berkata-kata. Di wujudkan pemilik nama solehah ini dalam rupa seorang wanita. Solehah telah menceritakan hal keberadaan ku di rumah Allah, dan ia adalah suatu bukti bahwa Solehah mengenali ku.

Terima kasih Allah. Aku tidak pernah terfikir akan pemilik nama solehah ini dan maksudnya.

Ramai manusia menggunakan perkataan solehah dan ramai wanita mengingini untuk menjadi solehah.

Namun, Solehah bukan boleh di miliki atau di gelar, kerna solehah adalah individu yang hidup dan mengetahui tentang kamu. Bagaimana kamu bisa berbohong kepada manusia betapa ‘solehah’ nya kamu sedangkan solehah yang sebenar tidak pernah membuktikan jika dia mengenali mu?

Ramai manusia menggambarkan ‘solehah’ dengan pakaian dan kebaikan yang terlihat zahir. Namun solehah sangat tersembunyi dari pandangan zahir. Solehah juga tidak menerima arahan mu dan dia tidak berbohong tentang keberadaan mu. Solehah sangat kenal akan kamu jika kamu adalah pakaiannya yang sebenar.

“Kebajikan bukanlah dengan mengadap wajahmu kearah timur atau barat tetapi kebajikan sebenar adalah beriman kepada Allah, akhirat , malaikat, kitab, nabi-nabi (ini semua ghaib) dan memberi harta yang di cintai kepada kerabat, anak yatim, orang miskin, orang musafir, peminta sedekah, menepati janji dan sabar dalam kesusahan, penderitaan dan peperangan” – al baqarah

Pabila ibu melihat perjalanan ku akhir-akhir ini, semakin kuat keyakinan ku kepada kebenaran Rahsia Tuhan.  Kata kunci dalam mimpi ini sangat penting kerna ia adalah petunjuk tentang perjalananku. Ku doa agar solehah menjadi pakaian ku dan sentiasa mengenali ku walau di mana ku berada.

“Janganlah engkau mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya pagi dan petang, mereka mengharapkan keredhaan-Nya, engkau tidak memikul tanggungjawab sedikitpun terhadap perbuatan mereka dan mereka tidak memikul tanggungjawab sedikitpun terhadap perbuatanmu” – al an’am.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Selamat Datang

Log in

Lost your password?