Subscribe to Subscribe to 's comments

Inilah mimpiku…

 

aurat Salam Sejahtera Buat Pembaca,

Terlebih dahulu ibunda ingin sampaikan kepada pembaca, kemungkinan blog ini akan disekat , memandangkan polis syariah sedang ditubuhkan.  Mimpiku.net sudah mendapat perhatian pihak Putrajaya. Ugutan-ugutan dari mereka agak terlebih sudu dari kuah. Kandungan mimpi ibunda akan di tapis supaya ia bersesuaian untuk dipamerkan dan tidak melanggar perukunan islam.

Ibunda menghimpun mimpi-mimpi  terhasil sepanjang perjalanan ku mencari jati diri. Ketika jatuh dan naik, ibu melalui pahit manis kehidupan. Berbekalkan petunjuk dan mimpi, kehidupan ibunda seperti bunga-bunga di taman. Tiada kesepian, hidup menjadi lebih bererti setiap hari. Cerah, secerah cahaya menerangi kalbu. Jasad di beri perlindungan agar tidak di ganggu oleh kesibukan dunia. Alhamdulillah. Tuhan Maha Kaya.

15 tahun jangkamasa untuk membaiki diri sendiri bukanlah suatu masa yang pendek. Mimpi yang datang bukanlah sekali dua, tetapi tidak terbilang lagi banyaknya. Perjalanan merentasi benua dan lautan bukan asing lagi buat ibu. Pada setiap malam ibu akan menunggu mimpi. Hidup ini tiada erti jika tiada perjuangan. Hidup tiada makna jika tiada kebaikan. Hidup tiada nilai tanpa mimpi.

Menceritakan perjalanan rohani menyingkap kesaksian diri dalam shahadah dan bukti keimanan di tasdiq hati yang membenarkan kebenaran ilmu dari Ilahi. Lalu ibunda menaiki ‘Ihsan’ menuju ke destinasi musyahadah. Menyaksi kebesaran Tuhan dan keagongan -Nya  menuju ke daerah mardhiah. Dia melihatkan cahaya amalanku dan bisikkan ku Zuhud…

Ibu yakin sekali berita yang di khabarkan dan ibu sentiasa membenarkan. Inilah perjalanan hidup ditemani mimpi pada setiap malam. Ada mimpi yang boleh ibu khabarkan dan ada mimpi yang akan menjadi rahsia selamanya. Perjalanan ini hanya satu khabaran tentang kebenaran dan keagungan Tuhan semesta alam..

Sekian. Terima Kasih.

Awal Islam itu ASING,  kembali ia dalam keadaan ASING. Maka berbahagialah mereka yang ASING itu.

Selamat Datang

Log in

Lost your password?